USAHAWAN TANI SEGAMAT TERIMA MANFAAT PERKASA SEKTOR PERTANIAN


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip bersama penerima insentif | Sumber Facebook Dato’ Zahari Sarip.

 

ISKANDAR PUTERI — Sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan kepada 420 usahawan tani di daerah Segamat pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, peruntukan tersebut melibatkan pelbagai projek pembangunan.

“Antara projek pembangunan yang terlibat adalah Projek Pembangunan Tanaman Jangka Panjang dan Pendek, Projek Pembangunan Sayur-sayuran, Projek Pembangunan Tanaman Kontan, Pembangunan Industri Kelapa, Projek Pembangunan Pertanian Moden, Industri Asas Tani, dan Projek Pertanian Komuniti.

“Moga ianya bermanfaat untuk semua warga usahawan tani Segamat dan seterusnya dapat memperkasa produktiviti hasil pertanian yang diusahakan. Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Daerah Segamat,” katanya sempena Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Segamat.

Zahari berkata, sesi tersebut memberi peluang kepada mereka yang terlibat dalam industri pertanian mendapat maklumat mengenai pelbagai perkara berkaitan.

“Dalam masa yang sama juga, pihak PERKESO juga telah menyampaikan penerangan berkenaan caruman PERKESO yang boleh dimanfaatkan oleh para usahawan tani,” katanya.

Pada sesi tersebut, beliau turut menyampaikan insentif kepada usahawan tani di daerah Segamat.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor