KERAJAAN NEGERI PERJELAS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH SUSULAN JEREBU

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) masih tertakluk kepada arahan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini. Oleh itu, JPNJ perlu mengeluarkan pemakluman rasmi berkaitan penutupan sekolah dan institusi pendidikan di negeri ini setiap hari. | Foto Arkib MDJ
#IskandarPuteri – Orang ramai, khususnya golongan guru, ibu bapa, penjaga dan murid, tidak perlu berasa keliru dengan keputusan Kerajaan Johor untuk melanjutkan penutupan sekolah dan institusi pendidikan selama lima hari, bermula 12 hingga 16 Oktober 2026, berikutan situasi jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negeri ini.
Keputusan melanjutkan penutupan sekolah ini dibuat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terus terpelihara susulan kemerosotan kualiti udara.
Bagaimanapun, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) masih tertakluk kepada arahan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini. Oleh itu, JPNJ perlu mengeluarkan pemakluman rasmi berkaitan penutupan sekolah dan institusi pendidikan di negeri ini setiap hari.
Pemakluman harian itu merupakan sebahagian daripada tatacara pentadbiran yang perlu dipatuhi oleh JPNJ dan bukannya menunjukkan sebarang percanggahan dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri sebelum ini mengenai pelanjutan penutupan sekolah dan institusi pendidikan di Johor.
Justeru, semua pihak diminta supaya memahami proses pemakluman berkenaan dan merujuk saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi institusi pendidikan sepanjang tempoh jerebu ini.
Kerajaan Negeri turut menghargai keprihatinan, pandangan serta kerjasama semua pihak dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak Johor terus menjadi keutamaan.
#JohorSafeZone
#JerebuJohor
#PendidikanJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


