Entries by Mohd Firdaus Yon

SWM ENVIRONMENT SUMBANG TONG KITAR SEMULA KEPADA 16 SEKOLAH

  ISKANDAR PUTERI — SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyumbangkan kemudahan tong kitar semula kepada 16 sekolah di kawasan bandar raya Iskandar Puteri dan Mukim Tanjung Kupang. Sumbangan tersebut bersempena acara sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan Peringkat Daerah Johor Bahru yang diadakan di SJK (C) Cheah Fah. Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam […]

SENTIASA BERWASPADA, BERSIAP SIAGA – EXCO KERAJAAN JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — EXCO Kerajaan Johor, Norlizah Noh mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Pangkalan Batu, Mersing hari ini. Beliau yang juga ADUN Johor Lama berkesempatan menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir. Selain itu, Norlizah turut menerima taklimat mengenai keadaan semasa banjir oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing, Mohd Amirza […]

DUA PPS DI KOTA TINGGI DITUTUP JAM 1 PETANG TADI

  ISKANDAR PUTERI — Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi ditutup jam 1 petang tadi. PPS tersebut adalah Dewan Kampung Baru Sungai dan Dewan Muafakat Bandar Penawar. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan setakat jam 1 petang tadi, hanya dua daerah iaitu Segamat dan Mersing masih terjejas dengan banjir. PPS Balairaya Kampung Batu Badak, […]

AGENSI BERKAITAN BENCANA DI MERSING TELAH DIGERAKKAN

  ISKANDAR PUTERI — Semua agensi berkaitan bencana daerah Mersing sudah digerakkan bagi memantau dari masa ke masa susulan fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang melanda negara. Pegawai Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali berkata, pemantauan tersebut berdasarkan amaran cuaca daripada Jabatan Meteorologi dan bacaan aras sungai daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). “Setelah diteliti […]

SEMUA AGENSI BERKAITAN DIARAH SENTIASA BERSEDIA

  ISKANDAR PUTERI — EXCO Kerajaan Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor melawat ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi, semalam. Dua PPS tersebut adalah Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Bandar Penawar. Turut hadir, ADUN Penawar, Fauziah Misri; Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil serta Yang Dipertua Majlis […]

ENAM PPS BEROPERASI SUSULAN BANJIR TIGA DAERAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di Negeri Johor terus menunjukkan peningkatan dengan pengoperasian enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah yang terjejas akibat banjir. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan setakat jam 8 pagi tadi, keseluruhan sebanyak 48 keluarga terdiri 178 penduduk di Segamat, Kota Tinggi dan terbaharu, Mersing ditempatkan di enam PPS […]

MANGSA BANJIR KOTA TINGGI BERTAMBAH

  ISKANDAR PUTERI — Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi menunjukkan peningkatan dengan pertambahan sembilan keluarga dan 19 penduduk di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Muafakat Bandar Penawar. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam laporan setakat jam 4 petang tadi, sebanyak 20 keluarga terdiri 61 penduduk dari Taman Desaru Utama, Bandar Penawar telah ditempatkan di PPS […]

KOTA TINGGI DAERAH TERBARU TERJEJAS BANJIR

  ISKANDAR PUTERI — Kota Tinggi menjadi daerah terbaru di Negeri Johor yang dilanda banjir dengan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, hari ini. Dua PPS tersebut adalah Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Bandar Penawar yang dibuka 9.30 pagi tadi. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan setakat jam 2 petang tadi, sebanyak 35 […]

PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN PACU HALA TUJU 5 TAHUN

  ISKANDAR PUTERI — Majlis ‘Kick-Off’ dan Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (PSUKJ) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor 2023-2027 telah berlangsung semalam. Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Negeri Johor, Dato’ Mohamed Ridha Abdul Kadir berkata, PSP amat diperlukan bagi memandu hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan Kerajaan Johor selaras dengan […]

SITUASI BANJIR DI SEGAMAT TIDAK BERUBAH

  ISKANDAR PUTERI — Perkembangan situasi banjir di Negeri Johor menunjukkan trend tidak berubah dengan hanya dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Segamat. Kedua-dua PPS tersebut merupakan Balairaya Kampung Batu Badak dan Balairaya Kampung Kuala Paya. Jawatankuasa Pengurusan Bencana dalam laporan setakat jam 8 pagi tadi, memaklumkan keseluruhan 15 keluarga terdiri daripada 51 penduduk […]