Entries by Mohd Firdaus Yon

INISIATIF RANCAKKAN SEKTOR PERTANIAN BAGI MENINGKATKAN PRODUKTIVITI

  ISKANDAR PUTERI — Pelbagai inisiatif dan insentif akan disediakan bagi merancakkan lagi sektor pertanian dalam usaha meningkatkan produktiviti sejajar dengan usaha menjadikan Johor sebagai Food Basket kepada Malaysia dan Food Bank kepada negara serantau. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri mensasarkan peningkatan bagi lima tahun ke hadapan dengan pertambahan pengeluaran […]

KOMITED MENJADIKAN JOHOR DESTINASI PILIHAN UTAMA PELABUR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri terus berusaha memastikan Johor kekal menjadi destinasi pilihan utama pelabur menerusi pendekatan tadbir urus terbaik serta polisi mesra perniagaan dan pelabur. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri juga akan berusaha menarik lebih ramai pelabur berimpak tinggi terutama dalam bidang pembangunan pusat data, Revolusi Industri 4.0, […]

KERAJAAN JOHOR SETUJU MENAIKKAN ELAUN KETUA KAMPUNG, KETUA MASYARAKAT

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bersetuju menaikkan elaun Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat sebanyak RM300 iaitu daripada RM900 kepada RM1,200 sebulan. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kenaikan tersebut sebagai menghargai kepimpinan dan peranan institusi akar umbi itu. “Disamping itu, kerajaan negeri juga berharap agar Kerajaan Persekutuan akan turut menyambut baik inisiatif […]

MENTERI BESAR JOHOR SERAH KEBIJAKSANAAN AHLI PARLIMEN

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyerahkan kepada kebijaksanaan Ahli-Ahli Parlimen dari Johor mengenai pembentukan kaukus melibatkan 24 ahli parlimen BN dan PH. Menurut beliau, ia merupakan tanggungjawab ahli-ahli parlimen untuk membawa suara hati Bangsa Johor ke Dewan Rakyat dan Kerajaan Persekutuan. “Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga dan […]

TIADA TUNGGAKAN BAYARAN ELAUN PEGAWAI MASJID, SURAU KARIAH

  ISKANDAR PUTERI — Pembayaran elaun kepada pegawai masjid dan surau kariah melibatkan imam, bilal dan noja di negeri ini, telah dilaksanakan sehingga bulan November lalu. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tiada tunggakan pembayaran berlaku kerana Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah menetapkan elaun tersebut dibayar […]

DEWAN NEGERI JOHOR LULUS BELANJAWAN JOHOR 2023

  ISKANDAR PUTERI — Dewan Negeri Johor, hari ini, sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2023 bertema ‘Maju Johor : Makmur Bersama Rakyat’. Belanjawan negeri tahun hadapan itu telah dibentangkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 1 Disember lalu, sebelum dibahaskan selama lima hari oleh wakil rakyat DUN Johor. Dengan ditunjangi enam teras di mana […]

PENGANGKUTAN AWAM PILIHAN UTAMA MENJELANG 2025

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri akan memastikan pengangkutan awam menjadi pilihan utama di Johor menjelang tahun 2025, dengan adanya projek mega dan pelan perancangan pada masa akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, Pelan Induk Pengangkutan Johor dibuat oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor […]

PBT JOHOR SENTIASA PEKA MASALAH BANJIR KILAT

  ISKANDAR PUTERI — Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor sentiasa peka dengan masalah banjir kilat yang sering berlaku terutama ketika musim tengkujuh. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor berkata, langkah, perancangan, persediaan dan pelaksanaan telah diambil oleh PBT Negeri Johor. “Pertama, melantik kontraktor bagi kerja penggalian dan […]

KERAJAAN JOHOR CAKNA, PRIHATIN MENJAGA KEBAJIKAN GOLONGAN OKU

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 997 Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) sejak tahun 2011 hingga Oktober lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, 177 OKU telah ditempatkan bekerja di sektor awam dan swasta. Menurutnya, YPKDT juga telah memperkenalkan inisiatif […]

JENDELA FASA 1 GIAT DILAKSANAKAN BAGI TINGKATKAN KESALINGHUBUNGAN

  ISKANDAR PUTERI — Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 kini sedang giat dilaksanakan kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, usaha itu bagi meningkatkan tahap kesalinghubungan serta kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara termasuk di Negeri Johor khususnya DUN Pasir […]