Entries by Mohamad Nur Ariff Nasseem Mohd Murad

KERAJAAN JOHOR RANGKA MODUL SILIBUS ANTARABANGSA BERSAMA MARA

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor kini sedang merangka perancangan berkaitan modul pendidikan komprehensif bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi tujuan memperkukuh pelaksanaan pentaksiran standard berasaskan ‘International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)’ di Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ).   Kerjasama strategik ini menjadi antara usaha penting dalam memperkasa sistem pendidikan negeri agar ia lebih kompetitif […]

PINJAMAN PENDIDIKAN YPJ BERI KELEGAAN KEPADA MAHASISWA JOHOR

  #PasirGudang – Galakan daripada kakak yang pernah menerima pinjaman pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) mendorong Ariq Aidiel Kamarudin, 20, untuk memilih inisiatif berkenaan bagi membiayai pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.   Pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM) itu juga memilih untuk memohon pinjaman pendidikan YPJ kerana pinjaman […]

105 SEKOLAH IKUTI PROGRAM KALIS KUKUH PENGUASAAN 3M

  #PasirGudang – Sebanyak 105 sekolah kebangsaan melibatkan enam daerah di negeri ini, terpilih dalam pelaksanaan Program Kemahiran Asas Literasi dan Numerasi (KALIS) dengan kerjasama Teach For Malaysia (TFM) yang kini sedang berlangsung hingga Mac 2026.   Program yang menjadi antara pendekatan utama pasca pandemik COVID-19 dalam memastikan setiap murid menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, […]

CADANG TUBUH IPT BERTERASKAN IDENTITI JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus komited memperkukuh sektor pendidikan di negeri ini, menerusi cadangan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) berprestij berteraskan identiti Johor.   Komitmen berkenaan diterjemahkan dalam mesyuarat ‘taskforce’ bersama wakil-wakil daripada universiti serta jabatan dan agensi berkaitan yang menjadi medan penting untuk menyelaras hala tuju kewujudan IPT tersebut.   Mesyuarat berkenaan […]

PEJABAT SUK JOHOR AGIH 347 BEKAS DAGING KORBAN KEPADA ASNAF

  #IskandarPuteri – Sebanyak 347 bekas daging korban diagihkan kepada golongan asnaf sempena Program Ibadah Korban Perdana 2025/1446H anjuran Southern Volunteers Kota Iskandar (SVKI) bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Johor yang berlangsung di kawasan tempat letak kenderaan Blok C, Bangunan Dato’ Jaafar Muhamad, Kota Iskandar, hari ini.   Program yang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan […]

DESARU COAST TERUS MENJADI DESTINASI PERANGINAN UNGGUL

  #KotaTinggi – Desaru Coast kini terus memperkukuhkan usaha dalam merancakkan lagi sektor pelancongan Johor dengan melantik Mandarin Oriental sebagai pengendali baharu bagi resort ikonik persisiran pantai di Desaru Coast ke arah pengurusan profesional dan antarabangsa.   Terletak dalam kawasan tumpuan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ), resort ini berpotensi besar untuk menarik […]

JTDC, YAYASAN PENERAJU CUNGKIL BAKAT AKAUNTAN DI JOHOR

  #JohorBahru – Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) menjalin kerjasama strategik dengan Yayasan Peneraju (YP), agensi di bawah Kementerian Ekonomi untuk pembangunan bakat dalam bidang perakaunan sebagai menyokong inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).   Inisiatif berkenaan merupakan langkah signifikan diambil Kerajaan Negeri bagi membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi seterusnya memenuhi permintaan industri yang turut […]

JOHOR TANGKAK CUP 2025 SERLAH BAKAT AKAR UMBI WANITA

  #Tangkak – Akademi Tunas (AT) Wanita Johor A mengukir kejayaan manis apabila dinobatkan sebagai juara Kejohanan Johor Tangkak Cup 2025 bagi kategori Cup Wanita selepas menewaskan pasukan Velocity B dalam aksi akhir yang berlangsung di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Tangkak, baru-baru ini.   Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa bakat wanita dalam arena […]

JOHOR CADANG DUTA SUKAN BAGI BOLA KERANJANG

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri bakal meneliti cadangan untuk menambah Duta Sukan Johor bagi bola keranjang dalam usaha mengangkat sukan berkenaan ke tahap lebih tinggi, sebelum akan disembah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.   Bagi tujuan tersebut, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) berhasrat untuk bekerjasama dengan Persatuan Bola Keranjang […]

KERAJAAN JOHOR REALISASI IMPIAN MILIKI RUMAH SENDIRI

  #Kluang – Selepas melalui beberapa cabaran sejak pembinaan dimulakan pada tahun 2017, akhirnya projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Taman Permata Layang, Simpang Renggam berjaya disiapkan dan pembeli kini menerima Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) masing-masing.   Ia hasil daripada usaha bersepadu Kerajaan Negeri bersama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Kementerian Kemajuan Desa […]