TERIMA KASIH WIRA MISI BANTUAN BANJIR : MENTERI BESAR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam melancarkan pengurusan sepanjang tempoh bencana banjir ketika ini.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, seramai 12,975 personel daripada pelbagai jabatan, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertugas bagi misi bantuan banjir.   “Mereka bekerja siang dan malam untuk […]

OPERASI BANTU MANGSA BANJIR DILAKUKAN SEBAIK MUNGKIN

  TANGKAK — Situasi banjir luar biasa, laluan terputus hubungan selain jarak perkampungan yang jauh antara satu sama lain menjadi kekangan kepada petugas mencari dan menyelamat mangsa banjir kali ini. Bagaimanapun seperti kata pepatah ‘berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing’ antara pelbagai agensi kerajaan secara tidak langsung menyebabkan pengurusan banjir di Johor dapat diatasi […]

OPS KHAS KAWASAN KRITIKAL DILAKSANAKAN : MENTERI BESAR JOHOR

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor terus komited membantu rakyat negeri ini, yang terjejas akibat banjir terutama di kawasan kritikal dengan memastikan pengurusan bencana berjalan dengan lancar.   Bagi menjayakan semua itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah bermesyuarat bersama Pegawai-Pegawai Daerah dan pelbagai agensi berkaitan untuk koordinasi gerak kerja di Bilik Gerakan […]

MENTERI BESAR JOHOR HARGAI KEPRIHATINAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

  ISKANDAR PUTERI — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas keprihatinan terhadap bencana banjir melanda di negeri ini.   Terdahulu, beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali yang mengunjungi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) IKBN Pagoh, hari ini. […]

KERAJAAN JOHOR RAKAM PENGHARGAAN KEPADA PM, MB NEGERI LAIN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman bantuan segera banjir berjumlah RM50 juta kepada negeri ini.   Selain itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mezahirkan penghargaan kepada rakan sejawatnya di negeri-negeri lain, yang menggerakkan bantuan segera kepada Johor.   […]

4 EMPANGAN REKOD BACAAN PARAS BAHAYA

  ISKANDAR PUTERI — Empat empangan di negeri ini, merekodkan bacaan paras bahaya berikutan hujan berterusan sejak Isnin lalu.   Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.   Beliau berkata, empat empangan itu adalah empangan Sembrong, Empangan Bekok, Empangan Labong dan Empangan Machap. […]

7 BRIGED ATUR GERAK KEKUATAN BANTU MANGSA BANJIR DI JOHOR

  KOTA TINGGI — Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) sudah mengatur gerak kesemua 10 pasukan di bawah panji naungannya bagi membantu mangsa banjir di seluruh daerah di negeri Johor. Ia termasuk mengatur gerak aset air dan darat milik pasukan Tentera Darat ini bagi memastikan semua mangsa banjir mendapat bantuan yang sewajarnya. Panglima 7 […]

RM10 JUTA DIPERUNTUKKAN KEPADA MANGSA BANJIR JOHOR

  KOTA TINGGI — Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM10 juta menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa banjir di Johor. Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bantuan itu melibatkan bekalan keperluan di Pusat Pemindahan Sementera (PPS) yang meningkat di negeri ini. “NADMA telah diberitahu agar pembelian barangan keperluan seperti […]

KERAJAAN FOKUS TINDAKAN SEGERA TANGANI BANJIR DI KOTA TINGGI

  KOTA TINGGI — Kerajaan akan memperuntukan sebanyak RM22.6 juta bagi melaksanakan projek mempertingkatkan sistem perparitan serta projek pelebaran dan pendalaman sungai di daerah ini bagi mengatasi masalah banjir. Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peruntukan ini dilakukan bagi memastikan masalah banjir ini akan dapat diatasi dengan sebaik yang mungkin. […]

JOHOR TERIMA PERUNTUKKAN 250 RIBU, AKTIFKAN PUSAT KAWALAN BENCANA

  ISKANDAR PUTERI — Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukan sebanyak RM250,000 secara serta merta ke daerah Kluang, Batu Pahat, Segamat, Muar dan Tangkak bagi kegunaan Jurutera Daerah (JD) menghadapi situasi banjir, di negeri ini. Menerusi Kenyataan Medianya, peruntukan yang diberikan itu melibatkan jalan Persekutuan yang terjejas akibat banjir yang berlaku sejak pagi semalam. “Pihak Konsesi […]