BERSAMA PASTIKAN MAJU JOHOR 2030 JADI REALITI

  Merealisasikan impian Johor sebagai sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 berpaksikan empat indikator utama yang ditetapkan mampu dijayakan dengan komitmen semua Bangsa Johor termasuk mahasiswa.   Malah, Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi menzahirkan keyakinan agenda Maju Johor 2030 yang digagaskan itu boleh menjadi realiti berdasarkan pencapaian dan kejayaan diraih negeri dalam tempoh kebelakangan […]

PERKEMBANGAN COVID-19 TERUS DIPANTAU : EXCO KERAJAAN JOHOR

  Kerajaan Johor bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) terus memantau perkembangan jangkitan COVID-19 di negeri ini, serta memastikan langkah pencegahan dan kawalan dilaksanakan secara berterusan.   Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon memaklumkan pola pelaporan COVID-19 untuk Negeri Johor dalam tempoh beberapa bulan ini, menunjukkan peningkatan mendadak seperti berlaku di […]

PEJABAT PERTANIAN DAERAH KOTA TINGGI TERIMA ANUGERAH KHAS

  Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Pensijilan Amalan Pertanian Baik (APB) Negeri Johor sekali gus merangkul Piala Anjasmara Ta’zim yang buat julung kalinya disampaikan.   Pengiktirafan itu telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip pada Majlis Apresiasi Pensijilan APB […]

PENSIJILAN MYGAP, MYORGANIC JOHOR MELEPASI SASARAN

  Jabatan Pertanian Negeri Johor berjaya merekodkan pencapaian 383 Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic) baharu bersamaan 114 peratus pada tahun lalu.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 369 adalah pensijilan myGAP manakala […]

SERDANG ANGELS PERTAHANKAN KEJUARAAN JOHOR 7s 2023

  Serdang Angels merangkul kejuaraan Johor Sevens (7s) 2023 selepas menewaskan SUKMA Johor 24 (SJ24) dengan keputusan 19-0 dalam perlawanan di Stadium Ragbi Johor, Kompleks Sukan Mount Austin, semalam.   Kejayaan kategori Kelab Lelaki Terbuka tersebut menyaksikan Serdang Angels kendalian Khairizal Ali Amat merangkul kejuaraan Johor 7s buat kali kelima berturut-turut. Lebih manis, pemain Serdang […]

JOHOR MAHU LAHIRKAN RAMAI PEMIMPIN MUDA UNGGUL

  Kerajaan Johor terus berikhtiar merealisasikan impian melahirkan ramai pemimpin muda yang mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri, demi menjayakan Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.   Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memaklumkan peruntukan sebanyak RM74.2 juta bagi Orang Muda Johor dalam Belanjawan Johor 2024 menjadi isyarat jelas Kerajaan Negeri memberi […]

KERJA KERAS SELAMA SETAHUN MEMBUAHKAN HASIL – SOLARI

  Usaha dan kerja keras yang dilakukan oleh kesemua pemain serta barisan kejurulatihan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) selama setahun ini akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya meraih ‘double quadruple’ selepas memenangi empat kejuaraan dalam dua musim berturut-turut.   Lebih manis, kejayaan itu hadir tepat pada masanya sekali gus menobatkan penguasaan sedekad JDT dalam saingan […]

SAMBUTAN ‘DECADE OF DOMINANCE’ JDT PENUH WARNA-WARNI

  Selepas 10 tahun merevolusi sukan bola sepak tanah air, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini boleh berbangga apabila menyambut ‘Decade of Dominance’ di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sebentar tadi.   Sambutan penuh gemilang ini dimulai dengan persembahan ribuan ‘drone’ yang memaparkan pelbagai elemen mengujakan termasuk figura yang bertanggungjawab mengangkat semula martabat bola […]

AMARAN HUJAN TAHAP WASPADA 18 DISEMBER INI

  Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru dijangka berlaku pada 18 hingga 21 Disember ini.   Justeru, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri mahupun Daerah disarankan untuk diaktifkan dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan […]

JOHOR SEDIA ANJUR ACARA SUKAN ANTARABANGSA TAHUN 2024

  Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) sudah memiliki perancangan tersendiri untuk menyahut hasrat Kerajaan Negeri bagi menganjurkan acara bertaraf antarabangsa sepanjang tahun hadapan.   Pengarahnya, Ts. Ekmaluddin Ishak memaklumkan acara berbasikal dan larian merupakan antara jenis sukan bakal dianjurkan dengan penyertaan dari dalam dan luar negara.   Beliau percaya penganjuran sukan antarabangsa berupaya mengangkat Johor […]