JAKOA NEGERI JOHOR JALIN KERJASAMA DENGAN KERAJAAN NEGERI ATASI ISU BEKALAN AIR


JAKOA Negeri Johor menerusi kenyataan medianya menjelaskan, mesyuarat bersama beberapa agensi berkaitan yang telah diadakan juga berjaya menemui beberapa jalan penyelesaian terhadap isu terbabit.

 

ISKANDAR PUTERI –– Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah bekalan air di Kampung Orang Asli (KOA) Pasir Putih dekat Pasir Gudang.

JAKOA Negeri Johor menerusi kenyataan medianya menjelaskan, mesyuarat bersama beberapa agensi berkaitan yang telah diadakan juga berjaya menemui beberapa jalan penyelesaian terhadap isu terbabit.

“JAKOA akan mempertimbangkan pewartaan KOA Pasir Putih sebagai Tanah Rizab Orang Asli dan melaksanakan Pengambilan Balik Tanah (PBT) kawasan berhampiran dengan perkampungan ini.

“Pelaksanaan PBT pula dijangka melibatkan kos dan peruntukan yang besar oleh pihak kerajaan dan melibatkan perundangan serta dasar Kerajaan Negeri,” jelasnya

Jelas JAKOA Negeri Johor, isu utama permasalahan ini ialah berkaitan status tanah di kampung tersebut yang merupakan berstatus rizab sungai dan sebahagiannya pula adalah di atas tanah milik syarikat swasta.

“Pihak JAKOA dalam proses perundingan perolehan untuk membekal air bagi kemudahan dan mengikut keperluan penduduk di kampung terbabit.

“Untuk rekod, permohonan bekalan air telah dikemukakan oleh Tok Batin KOA Pasir Putih pada 12 Disember 2021 dengan melibatkan seramai 38 pemohon dalam kalangan masyarakat terbabit,” tambahnya.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor