JETCO-RBS PERKASA BAKAT MELALUI PROGRAM ‘SUPPLY CHAIN MANAGEMENT COMPETENCIES: LEADING EDGE TRAINING’

Program The Supply Chain Management Competencies: Leading Edge Training to Update and Upskill Talent anjuran JETCO dengan kerjasama Rome Business School berjaya melahirkan bakat yang kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), sekali gus memperkukuh pembangunan modal insan Johor. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#JohorBahru – Program “The Supply Chain Management Competencies: Leading Edge Training to Update and Upskill Talent yang berlangsung dari November 2025 hingga Jun 2026 telah berjaya menamatkan pelaksanaannya dengan pencapaian membanggakan dalam kalangan peserta dari kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

 

Program pengajian jangka pendek anjuran Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) dengan kerjasama Rome Business School (RBS) ini bertujuan melahirkan bakat yang kompeten dan kompetitif bagi memenuhi keperluan industri yang beroperasi di kawasan JS-SEZ, sekali gus menggabungkan kepakaran akademik global dengan aspirasi pembangunan modal insan di Johor.

 

Menerusi program ini, lima modul teras yang dilaksanakan secara dalam talian merangkumi rantaian bekalan mampan dan digital, peralihan geopolitik, ketangkasan dan keselamatan siber serta ‘sesi masterclass’ secara bersemuka dan diakhiri dengan majlis graduasi.

 

Peserta dari Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Hasni Hamsaton memberitahu program tersebut bukan sahaja berbentuk interaktif tetapi juga memberikan pendedahan yang meluas kepada para peserta menerusi silibus pembelajaran bertaraf antarabangsa.

 

Beliau yang turut dinobatkan sebagai ‘Top Scholer’ bagi program berkenaan menyifatkan kejayaan itu sebagai pembakar semangat untuk dirinya supaya terus memacu kecemerlangan dalam industri logistik.

 

Sementara itu, Syamsul Khairi Samsudin, peserta dari EcoCeres Renewable Fuels Sdn. Bhd turut dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Top Scholar’ turut menzahirkan rasa bangga kerana dapat menaikkan imej syarikatnya menerusi program berkenaan yang menawarkan skop rantaian bekalan yang lebih meluas, selain memberi peluang berharga untuk dirinya menimba ilmu daripada tenaga pengajar antarabangsa.

 

Terdahulu, YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi JETCO hadir ke Majlis Sambutan Graduasi bagi Kerjasama antara JETCO dan Rome Business School (RBS) di Double Tree Hilton, Johor Bahru.

 

Turut hadir ialah YBhg. Tuan Mohd Shahrin Dato’ Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif JETCO; Prof. Antonio Scialetti, Pengarah Program RBS dan Dr. Massimo Scarcello, Timbalan Dekan RBS.

 

#JohorSafeZone
#JETCO
#JSSEZ
#RomeBusinessSchool
#JETCOXRBS
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor