NAIK TARAF SALIRAN JALAN PANTAI LIDO DIJANGKA SIAP AKHIR OKTOBER

Kerajaan Negeri Johor menaik taraf sistem saliran dan pembentung di Jalan Pantai Lido–Skudai, Johor Bahru, bagi mengatasi masalah aliran air dan mengurangkan risiko banjir kilat ketika hujan lebat. | Foto FB Fazli Salleh
#JohorBahru – Kerajaan Negeri Johor terus mempergiat usaha mengurangkan risiko banjir kilat menerusi projek menaik taraf sistem saliran dan pembentung di Jalan Pantai Lido–Skudai, Johor Bahru.
Masalah itu antara lain berpunca daripada keadaan pembentung sedia ada berukuran 900 milimeter (mm) yang tidak lagi mampu menampung jumlah air larian permukaan, khususnya ketika hujan lebat.
Bagi menangani isu tersebut, projek menaik taraf sistem saliran dan pembentung bernilai kira-kira RM2 juta dilaksanakan bagi meningkatkan kapasiti aliran air serta mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, pihak Jabatan Kerja Raya Johor (JKR) telah diarahkan supaya membuka laluan pembentung yang siap bagi membantu melancarkan aliran air sebagai langkah mitigasi banjir di kawasan berkenaan.
Setakat ini, kerja konkrit sump telah siap pada 10 Oktober lalu dengan kemajuan keseluruhan projek juga kini mencapai 90 peratus, manakala baki kerja disasarkan siap pada akhir Oktober 2026, selain kerja pembersihan saliran dan pembentung oleh pihak konsesi perlu dilaksanakan secara berterusan.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam memperkukuh infrastruktur saliran, mengurangkan risiko banjir kilat serta meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk serta pengguna jalan raya di kawasan sekitar.
#InfrastrukturJohor
#MitigasiBanjir
#JohorBahru
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



