PDT RANGKUL ANUGERAH GANGSA AIGA 2022


Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT) baru-baru ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gangsa sempena Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 / Gambar Ihsan PDT.

 

ISKANDAR PUTERI — Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT) baru-baru ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gangsa sempena Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022.

Anugerah AIGA 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur itu dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) yang bertujuan mengiktiraf komitmen yang ditunjukkan oleh organisasi awam dan swasta.

Ia juga sebagai tanda penghargaan kepada kedua-dua kategori organisasi terbabit dalam usaha pembudayaan integriti dan tata kelola terbaik.

Pada majlis itu, Ketua Undang-Undang dan Integriti PDT, Muhammad Nur Sadiqin Mohd Khusni menerima anugerah berkenaan mewakili PDT yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah IIM, Dato’ Yeow Wah Chin.

Sejulah 116 organisasi menyertai AIGA kali ini dan PDT antara 92 organisasi yang terpilih memenangi pengiktirafan daripada pihak IIM.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor