PEMBANGUNAN TMIYC WAJAR DIJADIKAN CONTOH


YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) menyokong penuh pembangunan pusat sehenti bagi aktiviti belia di Negeri Johor seperti Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) yang diilhamkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Pembangunan pusat sehenti bagi aktiviti belia di Negeri Johor seperti Tunku Mahkota Ismail Youth Centre atau TMIYC yang diilhamkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor perlu dicontohi oleh semua pihak bukan sahaja di Johor tetapi di seluruh negara.

 

Perkara itu disuarakan sendiri oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) yang mengakui kemudahan infrastruktur yang terdapat di TMIYC itu sendiri dilihat mampu menjamin dan membantu generasi muda untuk menjalankan pelbagai aktiviti secara bersendirian atau berkumpulan dengan lebih holistik dan mampan.

 

Ujarnya, KBS sendiri menjunjung kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail atas panduan dan sokongan yang diberikan oleh Baginda kepada pihak kementerian khususnya dalam agenda pembangunan melibatkan golongan belia.

 

Rentetan perkembangan positif itu, KBS turut memberi jaminan pembangunan yang lebih menyeluruh juga akan digerakkan secara berterusan bagi memastikan segala infrastruktur dan inisiatif yang memberi manfaat kepada belia di Negeri Johor tetap dilaksanakan tanpa henti.

 

Terdahulu, beliau hadir ke program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru.

 

Turut hadir, YB Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor dan YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor