Tag Archive for: Belanjawan Johor 2026

JOHOR PERKUKUH BEKALAN AIR MELALUI LRA BAHARU DAN PROJEK ‘REZONING’

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan pembangunan infrastruktur air secara menyeluruh bagi memastikan bekalan air terawat di negeri ini sentiasa mencukupi dan mampan sehingga tahun 2030.   Ia berikutan jangkaan peningkatan penggunaan air terawat daripada 2,037 juta liter sehari (JLH) pada tahun 2025 kepada 2,700 JLH menjelang 2030, selari dengan pertumbuhan penduduk, pembangunan industri […]

299 PENEROKA, 170 GENERASI KEDUA TERIMA HAK PEMILIKAN TANAH

  #KotaTinggi – Seramai 299 peneroka FELDA Pasak Peringkat 4 menerima geran pemilikan tanah manakala 170 generasi kedua Felda Air Tawar 3 turut menerima Notis 5A sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan peneroka dalam membangunkan kawasan tersebut serta membuka peluang kepada generasi kedua untuk memiliki lot tanah kediaman sendiri.   Penyerahan geran dan notis berkenaan secara […]

BANTUAN KASIH JOHOR CERMINAN EMPATI DAN STRATEGI KESEJAHTERAAN RAKYAT

  #IskandarPuteri – Pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) yang diumumkan menerusi Belanjawan Johor 2026 bukan sahaja menjadi satu bentuk bantuan kewangan, tetapi ia juga lambang komitmen tinggi Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan hidup Bangsa Johor menerusi peruntukan keseluruhan berjumlah hampir RM170 juta yang bakal memanfaatkan lebih 330,000 penerima di seluruh negeri ini.   Bagi Prof. Madya […]

KETUA KAMPUNG, KETUA MASYARAKAT LEGA TERIMA KENAIKAN ELAUN

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri Johor terus menghargai jasa dan peranan Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat di peringkat akar umbi dengan menaikkan elaun bulanan sebanyak RM300 iaitu dari RM1,200 kepada RM1,500 sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2026, Khamis lalu.   Menerusi inisiatif di bawah Teras 1: Tadbir Urus Kerajaan ini juga turut memperuntukkan sebanyak […]

JOHOR SALUR RM27.04 JUTA UNTUK PENYELESAIAN ISU RAKYAT MELALUI MTD

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor memperkukuh usaha bagi memastikan setiap isu rakyat di kawasan Dewan Negeri (DUN) di negeri ini akan dapat diselesaikan dengan segera melalui pelaksanaan inisiatif Penyelesaian Isu-Isu Mesyuarat Tindakan DUN (MTD).   Inisiatif di bawah Teras 4: Kemudahan dan Keperluan Asas pada Belanjawan Johor 2026 itu menyaksikan peruntukan sebanyak RM27.04 juta akan […]

JOHOR PERUNTUK RM134 JUTA PASTIKAN NEGERI SELAMAT, BERSIH DAN LESTARI

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM134 juta pada Belanjawan Johor 2026 bagi melaksanakan 21 inisiatif di bawah Teras Kelima: Keselamatan, Kebersihan dan Kelestarian Alam Sekitar dalam usaha memastikan Johor terus kekal selamat, bersih dan lestari, selaras dengan hasrat membina negeri seimbang antara kemajuan fizikal dan kesejahteraan rakyat.   Sebanyak RM22.6 juta diperuntukkan bagi […]

BANTUAN TIKET PENERBANGAN UNTUK MAHASISWA ANAK JOHOR DI SABAH DAN SARAWAK

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan anak muda negeri ini dengan memperkenalkan inisiatif Bantuan Tiket Penerbangan Bagi Mahasiswa Anak Johor di Sabah dan Sarawak menerusi Belanjawan Johor 2026.   Inisiatif khas ini akan memberi manfaat secara langsung kepada mahasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kepulauan Borneo itu bagi […]

HASIL NEGERI DIPULANG KEPADA RAKYAT MENERUSI BANTUAN KASIH JOHOR

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menzahirkan komitmen terhadap kesejahteraan rakyat menerusi pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) di bawah Belanjawan Johor 2026 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah hampir RM170 juta yang bakal memanfaatkan lebih 330,000 penerima yang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat di seluruh negeri ini.   YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor memaklumkan, pelaksanaan […]

JOHOR PERKUKUH INDUSTRI AGRO MELALUI PENJENAMAAN DURIAN DAN NANAS JOHOR

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor terus memperkasa sektor pertanian berimpak tinggi melalui penjenamaan dua produk kebanggaan negeri iaitu Durian Johor dan Nanas Johor sebagai jenama agro premium yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.   Penjenamaan itu akan menumpukan kepada penghasilan beberapa varieti baharu berkualiti eksport, pembangunan produk hiliran seperti pes, makanan dan minuman berasaskan […]

ELAUN KETUA KAMPUNG DAN BATIN ORANG ASLI NAIK RM300 SEBULAN

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri Johor mengumumkan kenaikan elaun bagi Ketua Kampung dan Batin Orang Asli sebanyak RM300 sebulan berkuat kuasa mulai Januari 2026, menjadikan elaun bulanan mereka berjumlah RM1,500 berbanding RM1,200 sebelum ini.   Inisiatif tambahan yang diumumkan ini bakal memanfaatkan seramai 667 Ketua Kampung dan 46 Batin Orang Asli, dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak […]