JOHOR-PERSEKUTUAN PERKUKUH KERJASAMA PACU PELABURAN BERKUALITI
#IskandarPuteri – Kerajaan Johor akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha memacu pelaburan dan pembangunan industri negeri bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang dicapai memberi manfaat lebih besar kepada Bangsa Johor. Justeru, penyelarasan bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Invest Johor serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga akan terus diberi perhatian […]
