Tag Archive for: Invest Johor

JEPUN MINAT KERJASAMA DAN MELABUR DI JS-SEZ

  #IskandarPuteri – Jepun menunjukkan minat yang tinggi untuk melabur di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dalam usaha memperkukuhkan lagi kerjasama ekonomi dengan Malaysia sekali gus membuka lembaran baharu hubungan dua hala merangkumi pelaburan hijau, pengangkutan pintar dan pendidikan.   Perkembangan positif tersebut dizahirkan oleh TYT Noriyuki Shikata, Duta Besar Jepun ke Malaysia yang turut […]

JOHOR KUKUH PERANAN SEBAGAI HAB DIGITAL ASEAN

  #IskandarPuteri – Johor terus melangkah ke hadapan dalam merealisasikan aspirasi untuk muncul sebagai hab digital ASEAN menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri melalui Invest Johor bersama NEOJapan Inc. (NEOJapan), syarikat teknologi terkemuka dari Jepun.   Melalui kerjasama tersebut, NEOJapan akan membangunkan Pusat Kecemerlangan Asia Tenggara dalam kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) […]

JOHOR REKOD RM30.1 BILION PELABURAN SUKU PERTAMA 2025, TERTINGGI DI MALAYSIA

  #IskandarPuteri – Johor terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara peneraju pelaburan negara apabila mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM30.1 bilion bagi suku pertama tahun 2025.   Ia sekali gus menterjemahkan hasil daripada keberkesanan rancangan strategi pelaburan inklusif dan berpandangan jauh yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.   Sebahagian besar daripada jumlah pelaburan tersebut […]

PERKUKUH INSTITUSI EKONOMI UNTUK BONGKAR POTENSI JS-SEZ

  #IskandarPuteri – Bagi memastikan Johor terus kekal kompetitif dalam arus persaingan serantau dan merealisasikan potensi penuh Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), usaha memperkukuh institusi-institusi utama ekonomi negeri perlu diberi perhatian serius.   Antara cadangan strategik bagi menjayakan hasrat tersebut termasuk penstrukturan semula Invest Johor yang boleh dienakmenkan melalui Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi memberikan […]

JOHOR REKOD RM162 BILION PELABURAN, CIPTA 53,000 PELUANG PEKERJAAN

  #IskandarPuteri – Johor terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama di negara ini, apabila merekodkan sebanyak 1,761 projek pelaburan diluluskan dari tahun 2022 hingga 2024 merangkumi nilai keseluruhan pelaburan komited mencecah RM162.2 bilion dalam tempoh tersebut.   Angka signifikan berkenaan juga berjaya membantu dalam mewujudkan 53,764 peluang pekerjaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi […]

JOHOR KUKUH SEBAGAI DESTINASI PELABURAN UTAMA NEGARA

  #IskandarPuteri – Johor terus mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelaburan ideal dan strategik negara menerusi sinergi antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Johor serta Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J).   Selain menghubungkan pelabur dengan pihak kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan, MIDA Johor memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran proses pelaburan dengan memberi […]

JOHOR PILIHAN PELABUR GLOBAL

  #JohorBahru – Johor terus menjadi destinasi pelaburan pilihan syarikat terkemuka antarabangsa apabila Oryx Stainless Malaysia Sdn. Bhd, sebuah syarikat dari Jerman-Belanda memilih negeri ini sebagai lokasi operasi terbaharu mereka di Asia Tenggara.   Dengan nilai pelaburan sebanyak RM40 juta, kehadiran Oryx Stainless yang beroperasi di Tanjung Langsat, Pasir Gudang akan memfokuskan kepada sektor pemprosesan […]

JS-SEZ MAMPU ATASI CABARAN ‘BRAIN DRAIN’ DI JOHOR

  #JohorBahru – Pewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menjadi langkah strategik Kerajaan Negeri dalam mengekang isu ‘brain drain’ bagi mengelak ketirisan bakat akibat berhijrah ke luar negara yang menawarkan peluang kerjaya dan gaji lumayan di pelbagai sektor.   Menerusi pelbagai tawaran pakej insentif menarik yang disediakan, Zon khas berkenaan dijangka menarik sekurang-kurangnya 50 syarikat […]

JOHOR UNGGULI INDUSTRI BERTEKNOLOGI TINGGI

  #PasirGudang – Johor terus menjadi destinasi pilihan pelabur dalam industri berteknologi tinggi apabila syarikat semikonduktor dan elektrik terkemuka, Ferrotec Holdings Corporation membuka fasiliti pembuatan baharunya yang serba canggih di Pasir Gudang. Kemudahan pembuatan baharu Ferrotec Power Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd seluas 60,000 kaki persegi melibatkan nilai pelaburan sebanyak USD150 juta atau kira-kira RM661.20 juta ini […]

32 SYARIKAT MINAT LABUR DI ZON KEWANGAN KHAS FOREST CITY

  #IskandarPuteri – Sebanyak 32 syarikat menunjukkan minat membuka operasi perniagaan di Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ) yang meletakkan kawasan berkenaan berada pada landasan tepat menjadi destinasi pelaburan utama.   Daripada jumlah tersebut, sebanyak 19 syarikat berasal dari Malaysia, Singapura dan Thailand menyatakan minat menubuhkan pejabat keluarga, manakala dua syarikat sudah mendapat kelulusan daripada […]