Tag Archive for: Johor Bersih

KES DENGGI DI JOHOR MENURUN LEBIH 50 PERATUS

  #IskandarPuteri — Johor terus menunjukkan pencapaian kesihatan awam yang memberangsangkan apabila kes demam denggi yang direkodkan pada tahun 2025 menurun sebanyak 53.3 peratus berbanding tahun 2024, iaitu daripada 13,190 kes kepada 6,161 kes.   Trend penurunan ini berterusan pada tahun 2026 apabila enam minggu pertama mencatatkan pengurangan sebanyak 14.6 peratus berbanding tempoh sama tahun […]

JOHOR PERKASA ‘OMNI PRESENCE’, PERANGI PEMBUANGAN SAMPAH KECIL

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor memperkukuh pendekatan ‘Omni Presence’ sebagai antara strategi utama dalam memastikan kebersihan awam terus terpelihara, khususnya membabitkan usaha menangani kesalahan membuang sampah kecil di kawasan bandar dan lokasi tumpuan orang ramai.   Pendekatan ini menekankan kehadiran berterusan pasukan penguat kuasa, pemantauan menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV), operasi bersepadu bersama SWCorp […]

JOHOR TIDAK KOMPROMI ISU KEBERSIHAN, BUANG SAMPAH KECIL

  #IskandarPuteri – Johor tidak berkompromi terhadap isu kebersihan awam apabila hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) dilaksanakan bagi kesalahan membuang sampah kecil sebagai langkah mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat.   Setakat ini, lima individu terdiri daripada warga tempatan dan warga asing telah disabitkan kesalahan membuang sampah kecil termasuk puntung rokok serta botol plastik sekali gus […]

JOHOR TERIMA RM9.658 JUTA UNTUK PERKUKUH KELESTARIAN ALAM 2026

  #IskandarPuteri – Kerajaan Johor menerima peruntukan RM9.658 juta daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk memperkukuh agenda kelestarian negeri sepanjang tahun ini.   Peruntukan berkenaan akan digunakan untuk mempertingkat pengurusan habitat hidupan liar termasuk menangani konflik manusia-gajah melalui pengaktifan pasukan khas dan penyediaan bantuan kerugian bagi memastikan keselamatan rakyat.   […]

JOHOR PERANGI PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menegaskan sudah tiba masanya untuk bertegas dan menghentikan sikap bertolak ansur terhadap pembuangan sampah di sungai mahupun merata tempat yang lain.   Justeru, beberapa langkah tegas dan radikal akan diambil oleh Kerajaan Johor dalam memperkukuh lagi aspek […]

JOHOR BERSIH TERBUKTI BERI IMPAK POSITIF

  #JohorBahru – Johor Bersih dilancarkan sejak Julai 2022 berjaya membuahkan hasil positif terutama meningkatkan kesedaran dan usaha pemuliharaan sungai di negeri ini sekali gus mencerminkan agenda berkenaan bukan sekadar slogan atau tindakan bersifat ‘one-off’ semata-mata.   Menerusi agenda penting tersebut, sebanyak 14 sungai yang tercemar di Johor telah dikurangkan kepada sembilan sungai setakat ini […]

KERAJAAN NEGERI KENAL PASTI PUNCA PENCEMARAN

  Usaha pembersihan sisa bahan kimia di dua tapak pembuangan sisa bahan kimia melibatkan Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Desa Tropika melibatkan peruntukan sebanyak RM201,000 dijangka siap sepenuhnya esok.   Kerajaan Negeri telah mengenal pasti sisa buangan bahan kimia melibatkan buangan pelarut organik bukan terhalogen (SW 322) dan buangan pelarut organik terhalogen (SW […]

JOHOR BERSIH SENTIASA JADI KEUTAMAAN

  Memastikan kebersihan persekitaran melalui permuafakatan semua pihak termasuklah pemimpin dan masyarakat setempat serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) terus diberikan keutamaan Kerajaan Negeri dalam usaha menjayakan agenda Johor Bersih yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu.   Agenda murni yang telah diperluaskan ke kawasan luar bandar dan sungai pada awal tahun ini menjadi menjadi aktiviti […]

MENTERI BESAR PUJI KOMITMEN MASYARAKAT JAYAKAN JOHOR BERSIH

  Usaha Kerajaan Negeri menekankan aspek penjagaan kebersihan dalam kalangan Bangsa Johor melalui Agenda Johor Bersih yang dilancarkan pada tahun 2022 terus mendapat sambutan sehingga hari ini.   Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memaklumkan kesedaran sivik masyarakat dilihat semakin meningkat berikutan agenda berkenaan yang sering diterjemahkan melalui tindakan malah berharap ia diteruskan oleh semua […]

TERUSKAN AKTIVITI MUSNAH TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

  Sebanyak 242 kes demam denggi telah dilaporkan pada minggu Epid ke-43/2023 yang menyaksikan peningkatan 15.8 peratus berbanding minggu sebelumnya.   Daripada jumlah tersebut, daerah Johor Bahru menyumbang sebanyak 193 kes diikuti Kulai (20), Kota Tinggi (7), Kluang dan Segamat (5), Muar dan Batu Pahat (4), Pontian (3) dan Tangkak (1) manakala tiada kes dilaporkan […]