Tag Archive for: Setiausaha Kerajaan Johor

SOUTHERN VOLUNTEERS TERIMA SUMBANGAN PACUAN EMPAT RODA

  ISKANDAR PUTERI — Pasukan sukarelawan Southern Volunteers (SV) menerima sumbangan lima pacuan empat roda bagi membantu melancarkan gerak kerja logistik.   Daripada jumlah tersebut, empat pacuan empat roda disumbangkan oleh syarikat pemaju, UEM Sunrise Berhad manakala sebuah lagi daripada Majlis Perbandaran Muar (MPM).   Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Dato’ On […]

KERAJAAN JOHOR ISYTIHAR 24 APRIL HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN

  ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor bersetuju mengisytiharkan 24 April ini, sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi negeri ini, selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.   Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, persetujuan perisytiharan itu selaras dengan Seksyen 8 dan 9 Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). […]

MAJLIS IFTAR JAMAIE SANTUNI ANAK YATIM

  JOHOR BAHRU — Seramai 150 anak yatim dari lima pusat jagaan dan sekolah dari sekitar daerah Johor Bahru diraikan dalam Majlis Iftar Jamaie Anak-Anak Yatim di Pusat Perniagaan B5 Street Market di sini, semalam.   Program anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Negeri Johor dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan […]

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR TERUSKAN AKTIVITI ZIARAH RAMADAN

  Kelab Kebajikan dan Rekreasi Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor meneruskan aktiviti mengimarahkan bulan Ramadan dengan meringankan beban dihadapi kakitangan memerlukan sempena Program Ziarah Ramadan Tahun 2023.   Lebih istimewa, program yang memasuki hari kedua turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani.   Aktiviti bermula dengan bacaan […]

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH LPP JOHOR

  Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Rohani menerima kunjungan hormat daripada pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor, Amiruddin Bahar di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.   Kunjungan tersebut diadakan oleh Amiruddin bagi memaklumkan beliau kini menjawat jawatan Pengarah LPP Negeri Johor berkuatkuasa 14 Mac yang lalu.   Menerusi […]

TEKAD JOHOR GANDA HASIL PERTANIAN : MB

  ISKANDAR PUTERI — Johor bertekad menggandakan hasil pertanian dalam tempoh lima tahun bagi menangani isu keterjaminan makanan dan menjadikan negeri ini sumber utama makanan untuk negara.   Bagi menjayakan tekad tersebut, berlangsung Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) dan Program Kluster Fertigasi Cili, projek ekonomi di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Pembangunan […]

BUBUR LAMBUK PENGERAT SILATURAHIM, KEAKRABAN

    ISKANDAR PUTERI — Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani hari ini menyempurnakan Program Pengagihan Bubur Lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ) di perkarangan Kabin Pemandu, C1S Kota Iskandar di sini.   Turut hadir ialah isteri beliau yang juga Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Negeri […]

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI SUK JOHOR SARAT PELBAGAI PENGISIAN

  ISKANDAR PUTERI — Program Khidmat Komuniti SUK Johor Bersama YB Setiausaha Kerajaan Johor Ke Daerah Pontian berlangsung meriah sarat dengan pelbagai pengisian, hari ini.   Antara pengisian program yang disertai oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani adalah aktiviti baik pulih rumah, ziarah rumah dan penyampaian bantuan keluarga asnaf.   Kunjungan […]

56 PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR TERBABIT ROMBAKAN JAWATAN

  ISKANDAR PUTERI — Seramai 56 Pegawai Tadbir Negeri Johor terlibat dalam rombakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikutan persaraan wajib dan pertukaran pegawai kanan.   Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani berkata, surat pertukaran kepada 56 Pegawai Tadbir Negeri Johor itu telah diserahkan di pejabatnya di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, semalam.   […]

SITUASI BANJIR JOHOR KIAN PULIH, JUMLAH MANGSA TERUS MENURUN

  ISKANDAR PUTERI — Situasi banjir di negeri ini, menunjukkan keadaan semakin pulih apabila jumlah mangsa terkini menurun kepada 2,446 orang terdiri 669 keluarga setakat jam 12 tengah hari ini.   Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani berkata, kesemua mangsa banjir ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi.   […]