TAMAN AWAM DANGA JADI DAYA TARIKAN BAHARU DI ‘BANDO’ JB

Taman Awam Danga terus menjadi tumpuan orang ramai dengan kehadiran ribuan pengunjung sejak dibuka kepada umum. | Foto FB Mohd Jafni Md Shukor
#IskandarPuteri – Taman Awam Danga terus menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai sejak ia dibuka kepada umum apabila ribuan pengunjung hadir menikmati kemudahan rekreasi baharu yang dibangunkan untuk kegunaan seluruh Bangsa Johor.
Bagi Nurul Syafiqah Mohd Salleh, 32, dari Skudai, pembukaan Taman Awam Danga atau ‘Danga Park’ telah memberi lebih banyak pilihan lokasi rekreasi kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama dalam suasana yang selesa dan selamat.
Menurutnya, kemasukan percuma kepada warganegara juga menjadi antara faktor yang membuatkan beliau teruja untuk berkunjung ke lokasi ini kerana seluruh ahli keluarga dapat menikmati kemudahan dan tarikan yang disediakan tanpa sebarang bayaran.
Sementara itu, Mohamad Hakimi Roslan, 27, dari Kulai, berkata kemudahan yang disediakan di taman berkenaan mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Johor dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui penyediaan ruang awam yang moden dan mesra keluarga.
Katanya, kehadiran ‘Sky Bridge’, kawasan permainan kanak-kanak, ‘Dry Water Play’ serta landskap yang menarik menjadikan Taman Awam Danga sesuai dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat.
Sejak dibuka kepada umum pada 29 Mei lalu, taman berkenaan menerima kehadiran ribuan pengunjung yang hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pelbagai kemudahan serta tarikan yang disediakan.
Taman Awam Danga dijangka menjadi antara mercu tanda baharu Johor Bahru serta tarikan utama sempena Tahun Melawat Johor 2026, di samping memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelancongan dan rekreasi pilihan di selatan tanah air.
#JohorSafeZone
#MajesticJohor
#VisitJohor2026
#MehLahJohor
#DangaPark
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


