FAISAL HALIM PUJI DYAM TUNKU ISMAIL SEBAGAI BAPA REVOLUSI BOLA SEPAK MALAYSIA


Faisal Halim di temu bual oleh Flash Sukan selepas perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026. {Foto Flash Sukan]

Bintang bola sepak Selangor, Faisal Halim mengakui DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebagai sosok insan yang bertanggungjawab dalam merevolusikan semula sukan bola sepak Malaysia.

Ketika ditemu bual oleh Flash Sukan selepas perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 Kumpulan D di Taiwan, Faisal yang turut menyertai skuad Harimau Malaya itu turut menyatakan bahawa tanpa bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor itu akan menyebabkan prestasi bola sepak di Malaysia tidak akan sampai ke tahap yang membanggakan seperti dinikmati hari ini.

“Pasukan kebangsaan tidak akan berada di mana tahap sekarang dan untuk itu kita perlu berterima kasih kepada DYAM Tunku Ismail. Disebabkan baginda telah membuat perubahan dalam pelbagai aspek dari segi fasiliti dan standard liga kita dan ini semua (transformasi yang dilaksanakan) telah memberi perubahan kepada (kualiti dan pencapaian) pasukan kebangsaan,” katanya.

Malaysia mencatatkan kemenangan ke atas Chinese Taipei dengan jaringan 1-0 dalam Pusingan Kedua Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2006/ Piala Asia sekali gus meneruskan rentak kemenangan selepas mengatasi pasukan Kyrgyzstan pada aksi minggu lalu.

#SukanMDJ #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor