FASILITI PANDU LALU KITARECYCLE DIPERLUAS KE YONG PENG


YB Ling Tian Soon (kiri) merasmikan fasiliti pandu lalu KITARecycle di Yong Peng. | Foto SWM Environment Sdn. Bhd.

 

SWM Environment melancarkan fasiliti pandu lalu KITARecycle di Yong Peng, sebagai langkah proaktif memudahkan masyarakat menyumbang kepada kelestarian alam dan menggalakkan budaya ‘pengasingan sumber’ serta amalan pengurusan sisa kitar semula.

 

Fasiliti beroperasi secara ‘drive-thru, drop off’ yang sedia menerima 25 jenis barangan kitar semula antaranya botol, kaca, perkakas dan peranti elektronik itu menggunakan aplikasi KITARecyle yang kini mempunyai lebih 22,500 pengguna berdaftar di Negeri Johor dengan tawaran mata ganjaran.

 

Pelancaran fasiliti pandu lalu KITARecycle di Yong Peng disempurnakan oleh YB Ling Tian Soon, EXCO Kerajaan Johor merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Yong Peng. Turut hadir, YBhg. Nur Faiz Jamil, Yang Dipertua Majlis Daerah Yong Peng dan YBhg. Mohd Norlisam Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor