JOHOR LOKASI PLAYOFF MPL MALAYSIA MUSIM 14


Penganjuran Playoffs Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia Musim 14 akan dilaksanakan di Negeri Johor. | Foto Kumpulan Prasarana Rakyat Johor

 

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) bakal bekerjasama dengan Montoon Games bagi penganjuran Playoffs Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia Musim 14 Festival Selatan di Negeri Johor sekali gus merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Johor sebagai hab sukan di negara ini.

 

Kolaborasi antara syarikat milik Kerajaan Negeri Johor dengan pembangun permainan mudah alih popular Mobile Legends itu susulan kejayaan KPRJ menganjurkan kejohanan Johor Esports Festival dan Johor All Star yang menerima sambutan menggalakkan selama dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2022 dan 2023.

 

Terdahulu pada 5 Februari 2024, telah berlangsungnya Majlis Pelancaran ‘Mobile Legend Bang Bang Esports Malaysia 2024: A New Era’ dan Pembentangan Pelan Hala Tuju E-Sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) oleh Montoon Games yang dihadiri oleh YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

 

Berlangsung di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, majlis berkenaan turut dihadiri oleh YB Dato’ Lukman Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ serta YBhg. Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) berserta pengurusan tertinggi jabatan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor