FESTIVAL CHINGAY SIMBOL PERPADUAN BANGSA JOHOR


Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor berkenan berangkat merasmikan Festival Perarakan Chingay 2025 di Komtar JBCC. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#JohorBahru – Lebih 400,000 pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri bandar raya Johor bagi menyaksikan dan memeriahkan Festival Perarakan Chingay 2025.

 

Perarakan upacara agama dan budaya tradisi masyarakat Tionghoa sejak tahun 1870 yang merupakan acara tahunan itu menjadi simbol keharmonian kaum dan perpaduan Bangsa Johor.

 

Diisytiharkan sebagai Warisan Budaya Kebangsaan pada tahun 2012 dan terus menjadi tarikan pelancong, festival Chingay turut menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan Johor.

 

Festival anjuran Persekutuan Tiong-Hua Johor Bahru itu dimeriahkan lagi dengan persembahan menarik seperti Tarian Singa LED, Wushu, Gendang 24 Musim dan perarakan kontinjen persatuan Cina.

 

Terdahulu, Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor berkenan berangkat merasmikan Festival Perarakan Chingay 2025 di Komtar JBCC, semalam.

 

Turut hadir, YB Tuan K. Raven Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor; YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor serta YBhg. Encik How Sow Tong, Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor