GREATER JB PERINTIS PENGGUNAAN EV SECARA BERPERINGKAT


Kenderaan elektrik (EV) yang akan digunakan sebagai kenderaan rondaan penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan Greater Johor Bahru. | Foto MDJ Hafez Zahar

 

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor bakal menggunakan kenderaan elektrik (EV) pada tahun hadapan sebagai usaha ke arah pembangunan rendah karbon dan inisiatif tersebut bermula di kawasan ‘Greater Johor Bahru’.

 

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menjadi PBT perintis di kawasan ‘Greater Johor Bahru’ apabila sudah menggunakan empat EV secara sewaan bagi tempoh setahun bagi kegunaan jabatan dan rondaan penguatkuasa.

 

Manakala, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) pula akan menyusul jejak langkah MBIP.

 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor memaklumkan PBT-PBT lain turut akan menggunakan EV secara berperingkat selepas kajian menyeluruh dilakukan.

 

Bagi tujuan berkenaan, jumlah stesen pengecas EV di Negeri Johor juga bakal ditambah berikutan jumlah pengguna kenderaan tersebut yang ramai selepas Kuala Lumpur.

 

Langkah ini seiring dengan usaha membangunkan teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui dalam misi menjadi Johor sebagai negeri maju pada tahun 2030.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor