HAMPIR 1,000 SERBU KAUNTER HOTSPOT PADU DI TANJUNG PIAI


Hampir 300,000 rakyat negeri ini sudah mengemas kini profil dalam sistem PADU. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor hari ini mengambil inisiatif membuka Kaunter Hotspot Pangkalan Data Utama (PADU) sempena sambutan Hari Radio Sedunia 2024 oleh warga Jabatan Penyiaran Malaysia di Taman Negara Johor Tanjung Piai, dekat Pontian.

 

Pembukaan kaunter berkenaan bagi pendaftaran dan pengemaskinian PADU telah berjaya menarik perhatian hampir 1,000 pengunjung dari dalam mahupun luar daerah Pontian yang hadir ke taman negara itu sempena cuti sekolah dan fenomena air pasang besar.

 

Sehingga 13 Februari lalu, seramai 306,701 rakyat negeri ini sudah mengemaskini maklumat masing-masing di PADU dan Pontian merupakan daerah ketiga yang merekodkan bilangan pendaftaran terendah di Negeri Johor.

 

YBrs. Mazreha Ya’akub, Pengarah DOSM Negeri Johor berharap rakyat tidak bimbang untuk mengemaskini profil kerana maklumat dan data peribadi dalam PADU adalah selamat, malah dakwaan duit dalam akaun hilang seperti tular di media sosial adalah tidak benar.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor