‘THE ANCHOR’ JULANG PIALA MB JOHOR 2 TAHUN BERTURUT-TURUT


Pasukan Johor Port FC berjaya menundukkan Iskandar FC sekali gus mempertahankan Piala Menteri Besar Johor 2023 untuk dua tahun berturut-turut. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Pasukan Johor Port FC membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menundukkan Iskandar FC sekali gus mempertahankan Piala Menteri Besar Johor 2023 untuk dua tahun berturut-turut.

 

Bagaimanapun misi skuad ‘The Anchor’ ternyata tidak mudah apabila menerima tentangan sengit daripada Iskandar FC hingga mengheret juara bertahan itu ke penentuan sepakan penalti.

 

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) itu, Johor Port FC cuba menunjukkan belang mereka apabila mendahului lawan seawal minit kesembilan. Namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Iskandar FC bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-18.

 

Bermula babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun keputusan 2-2 kekal hingga ke wisel penamat.

 

Penentuan sepakan penalti akhirnya memihak kepada pasukan Johor Port FC apabila berjaya berjaya mengalahkan Iskandar FC dengan keputusan 6-5, sekali gus menjulang Piala Menteri Besar Johor 2023 selama dua tahun berturut-turut.

 

#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor