HIAS KERETA DEMI JDT


Piala yang dimenangi oleh T.S Kalaichelvan dalam pertandingan perhiasan kereta. (Foto: Nurulhuda / MDJ)

 

Oleh Farhanah Haziqah Noh

 

Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Itulah yang dapat disimpulkan bagi seorang peminat tegar pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim yang sanggup menghabiskan wang ringgit demi pasukan kesayangannya.

 

Itulah yang dilakukan oleh T.S Kalaichevan, 46, yang sanggup mendekorasikan kereta peribadi miliknya dengan pelbagai hiasan bermotifkan JDT dan Johor.

 

Bagi pesara Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu, ia tidak menjadi masalah asalkan beliau dapat menunjukkan jiwanya yang amat meminati pasukan JDT dengan cara yang unik sudah memadai buat dirinya.

 

“Saya peminat tegar JDT semenjak DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengambil alih pasukan JDT kemudian pretasi bola sepak kian meningkat dengan jayanya.

Disebabkan minat saya terhadap JDT maka timbul satu ilham untuk mengubahsuai kereta yang berkonsepkan tema lampu led.

 

“Selain itu, saya juga meletak potret DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almahrum Sultan Iskandar bersama DYAM Tunku Mahkota Johor. Bagi saya, selain untuk kepuasan diri, inisiatif ini juga dapat menarik minat golongan kanak-kanak dan secara tidak langsung mereka juga dapat mengenali siapa Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor dan juga bendera Johor.” katanya.

 

Idea mengubahsuai ini bukan sahaja diatas dasar minat tetapi menarik perhatian orang luar juga untuk mengenali Johor. Walaupun telah menghabiskan untuk menghias kereta, Kalaichevan sangat merasa bangga apabila keretanya menjadi tumpuan ramai.

 

“Saya juga mempunyai pengalaman bersama DYMM Sultan Johor, dimana saya pernah berada di dalam satu lift Hospital KPJ dan disitu saya bersama dengan Baginda Tuanku Sultan. Tuanku menegur saya, tetapi lidah saya kelu sampai tidak terkata kerana terlalu gugup dan teruja.

 

“Dari segi luaran, Tuanku dilihat seperti seorang yang garang tetapi sebenarnya Tuanku amat mesra dengan rakyat. Saya cuma rakyat biasa tetapi Tuanku menegur saya seolah seperti seorang rakan yang sudah lama dikenali. Bagi saya, apabila Baginda Tuanku Sultan menjadi Yang di-Pertuan Agong pada tahun depan, saya pasti baginda akan dapat mengubah Malaysia menjadi lebih baik, kelak ” tambahnya.

 

#MediaDigitalJohor

#SahihTepatPantas

#MajuJohor