HIMPUNAN BELIA SJSM PROMOSI KEUNIKAN JOHOR


YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor hadir menyempurnakan perasmian penutup Program Integrasi Belia Sarawak, Johor, Sabah dan Melaka (SJSM) 2.0. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#JohorBahru – Negeri Johor dipilih sebagai tuan rumah Program Integrasi Belia Sarawak, Johor, Sabah dan Melaka (SJSM) 2.0 yang menghimpunkan belia dari empat negeri untuk berkongsi minat dan menghubungkan silaturahim.

 

Melibatkan kira-kira 65 belia, program dianjurkan juga mengukuhkan interaksi dan mengeratkan perpaduan menerusi pendedahan berkaitan perkembangan ekonomi, politik, sosial, budaya selain meningkatkan semangat patriotik dan jati diri.

 

SJSM 2.0 turut menjadi platform pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional serta memperkenalkan keunikan negeri ini kepada belia dari Sarawak, Sabah dan Melaka menerusi kunjungan ke beberapa destinasi menarik.

 

Antara lokasi dikunjungi adalah Institut Dato’ Onn, Stadium Sultan Ibrahim, Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Singapura, Forest City dan Kampung Sungai Melayu.

 

Program yang bermula sejak 27 November hingga 1 Disember ini, akan diteruskan dengan Negeri Sabah telah dipilih untuk menjadi tuan rumah penganjuran acara menghimpun belia dari empat negeri pada tahun hadapan.

 

Terdahulu, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor hadir menyempurnakan perasmian penutup Program Integrasi Belia Sarawak, Johor, Sabah dan Melaka (SJSM) 2.0.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor