HOKI PIALA SULTAN JOHOR 2022 MELABUHKAN TIRAI


YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim bersama juara SOJC 2022 Edisi Ke-10, pasukan India | Sumber Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

 

ISKANDAR PUTERI — Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2022 Edisi Ke-10 melabuhkan tirainya, semalam, dengan menyaksikan India muncul juara selepas menewaskan Australia dalam aksi perlawanan akhir di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.

Kejayaan edisi kali ini merupakan kejuaraan kali ketiga buat India dalam kejohanan SOJC selepas meraih pencapaian sama pada tahun 2013 dan 2014.

Sementara itu, Great Britain menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Jepun bagi penentuan tempat 3 dan 4. Manakala Malaysia berada di kedudukan tercorot apabila tewas kepada Afrika Selatan dalam penentuan tempat 5 dan 6.

YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyaksikan perlawanan akhir antara Australia dan India.

Keberangkatan YAM Tunku Idris sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Johor turut menyempurnakan upacara penyampaian piala dan pingat kepada pemenang.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor