HOSPITAL SULTANAH AMINAH TERSENARAI ANTARA HOSPITAL TERBAIK DUNIA 2026

Pengiktirafan oleh Newsweek dan Statista ini membuktikan status kualiti perkhidmatan kesihatan awam Johor berada pada tahap membanggakan. | Foto Arkib MDJ
#IskandarPuteri – Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) terus mengharumkan nama negeri dan negara apabila diiktiraf sebagai antara ‘World’s Best Hospitals 2026’ oleh Newsweek dan Statista, sekali gus membuktikan status kualiti perkhidmatan kesihatan awam Johor berada pada tahap membanggakan.
Pengiktirafan ini jelas mencerminkan usaha berterusan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam memperkukuh mutu perkhidmatan serta fasiliti kesihatan yang dilaksanakan secara menyeluruh demi memastikan kesejahteraan Bangsa Johor terus terpelihara.
Pelbagai inisiatif penambahbaikan telah digerakkan termasuk peningkatan kecekapan operasi, penambahbaikan kemudahan serta pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan agar lebih responsif dan efisien kepada keperluan rakyat.
Pada masa sama, pencapaian ini turut menjadi pemangkin kepada Kerajaan Johor untuk terus melangkah lebih jauh dalam memperkasa sektor kesihatan awam, selaras dengan komitmen untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan kekal berkualiti, mampan dan berdaya saing.
Penghargaan turut dizahirkan kepada seluruh warga HSAJB merangkumi doktor, jururawat serta petugas kesihatan yang sentiasa komited dan berdedikasi dalam memberikan rawatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira masa dan keadaan.
Justeru, Kerajaan Johor akan terus komited untuk memperkukuh dan memperkasa sistem kesihatan negeri secara menyeluruh bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti, cekap dan bermaruah.
#JohorSafeZone
#PenjagaanKesihatan
#HSAJB
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



