IMFC-J BERJAYA TARIK MINAT 250 PELABUR

Forum mengetengahkan YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (Iskandar Malaysia); YBhg. Tuan Natazha Harris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor serta YBrs. Tuan Mohamad Reduan Mohd Zabri, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Negeri Johor selaku ahli panel.
#JohorBahru – Pembukaan Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) dua bulan lalu, berjaya menarik minat 250 pelabur dari dalam mahupun luar negara setakat 31 Mac lalu.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38 syarikat berpotensi untuk membuat pelaburan komited dianggarkan bernilai RM19 bilion dengan 32 daripadanya merupakan pelabur asing dari Singapura, China dan Korea Selatan manakala selebihnya adalah pelabur tempatan.
Pelaburan dikenal pasti itu melibatkan beberapa sektor utama seperti pembuatan, logistik dan ekonomi digital yang merupakan teras kepada pembangunan masa depan Johor untuk muncul sebagai hab ekonomi serantau berteknologi tinggi.
IMFC-J di Forest City yang dibuka pada 18 Februari lalu bagi memperkukuhkan pewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) diyakini terus menjadi platform dinamik menarik pelabur global sekali gus menjayakan agenda pembangunan Johor.
Terdahulu, berlangsungnya Simposium Penjawat Awam Negeri Johor – Forum JS-SEZ: Memahami dan Merealisasi yang menampilkan YBhg. Encik Mohd Gadaffie Abd. Aziz, Pengarah Institut Dato’ Onn (IDO) sebagai moderator bagi memberi penerangan mengenai potensi ekonomi dimiliki Johor kepada penjawat awam negeri.
Forum berkenaan mengetengahkan YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia; YBhg. Tuan Natazha Harris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor serta YBrs. Tuan Mohamad Reduan Mohd Zabri, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Negeri Johor selaku ahli panel.
#WTN
#JSSEZ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor