KERAJAAN NEGERI, NGO KUKUH KERJASAMA PERKASA BELIA MELALUI TMIYC

Mesyuarat Penyelarasan Task Force Aktiviti TMIYC dipengerusikan oleh YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan). | Foto Bahagian Penganjuran Sukan, Belia dan Sukarelawan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri komited memperkasa belia Johor dan peranan badan bukan kerajaan (NGO) dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang memanfaatkan kemudahan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) secara menyeluruh.

 

Bagi tujuan tersebut, telah berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan Task Force Aktiviti TMIYC disertai pelbagai wakil NGO dari daerah-daerah mempunyai fasiliti pusat belia tersebut yang menjadi langkah strategik ke arah merealisasikan tujuan berkenaan.

 

Mesyuarat yang membincangkan cadangan perancangan aktiviti sebagai fokus utama itu turut mengetengahkan pelbagai perkara termasuk pendekatan bersesuaian agar objektif pengaktifan pusat berkenaan dapat dicapai dengan lebih berkesan dan inklusif.

 

Selain itu, taklimat mengenai strategi pelaksanaan dan potensi kolaborasi bersama NGO dalam pelbagai program pembangunan belia juga telah disampaikan oleh YBrs. Mohd Hafiz bin Ariffin, Ketua Taskforce TMIYC.

 

Terdahulu, Mesyuarat Penyelarasan Task Force Aktiviti TMIYC dipengerusikan oleh YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) di Blok C, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

 

Turut hadir, YBrs. Encik Shamsuhaime Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta YBhg. Encik Hayat Nurullah Jamalulil, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Acara) dari Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan).

 

#TMIYC
#OrangMudaJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor