INI SEBAB JOHOR PILIH ART


Foto Hiasan.

 

Berikutan kos dan tempoh pembangunan yang mampu disiapkan pada akhir Disember 2026 menjadi faktor utama mengapa Kerajaan Johor memilih cadangan pembinaan sistem Transit Aliran Autonomi (ART) bertingkat berbanding Transit Aliran Ringan (LRT) bagi membantu mengatasi kesesakan di bandar raya Johor Bahru.

 

Sistem ART bertingkat apabila siap kelak bukan sahaja akan melengkapkan sistem pengangkutan awam di bandar raya Johor Bahru malah menyokong pengoperasian Sistem Transit Rapid (RTS) yang memulakan operasinya pada Januari 2027 dengan jangkaan 10,000 pengguna berulang-alik Johor Bahru dan Singapura setiap hari.

 

Pemilihan cadangan pembinaan ART bertingkat oleh Kerajaan Negeri berikutan anggaran kos pembangunan sistem berkenaan adalah RM7 bilion berbanding LRT iaitu RM16.7 bilion, namun kedua-dua sistem pengangkutan awam itu menyediakan tiga jajaran yang hampir sama.

 

Melibatkan jarak kira-kira 50 kilometer dengan 32 stesen di sepanjang jajaran Iskandar Puteri, Skudai dan Tebrau yang akan disokong perkhidmatan bas perantara, laporan kebolehlaksanaan dan daya maju ART bertingkat sudah dibawa ke Kementerian Ekonomi untuk diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri selewat-lewatnya pada Ogos ini.

 

Terdahulu, YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor ditemui media bagi mengulas mengenai cadangan pembinaan ART bagi mengatasi kesesakan di bandar raya Johor Bahru di Kota Iskandar, hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor