INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM SWASTA PERLU BERDAFTAR
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri mahu semua Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) untuk berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi kelangsungan dan pemantauan sistematik terhadap pendidikan Islam berusia lebih 100 tahun di negeri ini.
Tindakan itu selaras Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (EPSAI) 1991 yang menetapkan mana-mana institusi mengajar mata pelajaran berkaitan agama Islam perlu didaftarkan kecuali sekolah agama di bawah Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Johor.
Terdapat 229 buah IPIS telah berdaftar dengan MAINJ termasuk 40 buah Sekolah Rendah Islam Swasta (SRIS), 10 Sekolah Menengah Islam Swasta (SMIS), 149 Maahad Tahfiz Swasta (MTS), 22 Madrasah Pondok Swasta (MPS) dan lapan Madrasah Malabar Johor (MMJ).
Bagi memastikan sistem pendidikan Islam terus diperkukuh, pelbagai usaha juga telah digerakkan termasuk pemerkasaan enakmen dan undang-undang, kebajikan dan latihan pengajar, penambahbaikan prasarana serta digitalisasi pendidikan.
Semua pengusaha IPIS yang masih belum mendaftar diseru segera berdaftar melalui Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) di seluruh Johor demi menjaga kebajikan pelajar dan memastikan pengajaran aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah diterapkan dengan betul.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor