ISKANDAR MALAYSIA CATAT RM409.5 BILLION PELABURAN TERKUMPUL


Iskandar Malaysia rekod pelaburan terkumpul bernilai RM409.5 bilion sejak 2006 hingga September 2023.

 

Iskandar Malaysia berjaya merekodkan pelaburan terkumpul bernilai RM409.5 bilion sepanjang tempoh 17 tahun penubuhannya iaitu sejak 2006 hingga September 2023.

 

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim memaklumkan pencapaian berkenaan melepasi sasaran RM383 bilion ditetapkan di dalam Pelan Pembangunan Komprehensif (CDP) 2006-2025.

 

Prestasi cemerlang itu berikutan pelaburan domestik yang menyumbang kepada 55 peratus nilai pelaburan manakala baki 45 peratus pula daripada pelaburan asing di mana sebanyak RM236.8 bilion telah direalisasikan.

 

Selain itu, China menjadi pelabur asing terbesar di Iskandar Malaysia dengan pelaburan RM61.8 bilion diikuti Singapura (RM45.8 bilion), Belanda (RM11.9 bilion), Jepun (RM11.1 bilion) dan Amerika Syarikat dengan RM9.5 bilion.

 

Angka-angka tersebut sekali gus menjadikan kadar pelaburan asing di Negeri Johor bernilai RM183.1 bilion.

 

Iskandar Malaysia kini menyasarkan RM636 bilion nilai pelaburan mampu diraih untuk tempoh tujuh tahun berikutnya terutama menerusi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura dan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City.

 

Kedua-dua perjanjian inisiatif itu bakal dimeterai antara Malaysia dan Singapura di dalam satu majlis dihadiri Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Johor Bahru pada Khamis ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor