ISU KESESAKAN TRAFIK DAN TINGKAT PELUANG PEKERJAAN JADI KEUTAMAAN


YBhg. Datuk TPr. Dr. Alias Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) merasmikan Majlis Kick-Off Rancangan Tempatan MBJB, Johor 2035 (penggantian) dan Rancangan Tempatan MBIP, Johor 2035 (penggantian) di Hotel DoubleTree by Hilton Johor Bahru. | Foto Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

 

Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan utama dalam usaha mengurangkan isu kesesakan trafik dan juga meningkatkan peluang pekerjaan.

 

Iltizam ini disuarakan menerusi Kajian Rancangan Tempatan (RT), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Johor 2035 (penggantian) menjelang tahun 2035.

 

Antara usaha akan dilaksanakan ialah penggunaan ‘Rail Mode Base’ yang dijangka akan dibangunkan seperti ‘Autonomous Rapid Transit’ (ART) atau Transit Aliran Ringan (LRT) bagi menangani isu kesesakan trafik di seluruh negeri dan pada masa sama merealisasikan matlamat “sifar karbon” Malaysia menjelang tahun 2050.

 

Selain itu, fokus juga turut diberikan kepada pembangunan industri yang mampu menyediakan kadar pendapatan yang besar kepada rakyat tempatan dalam usaha meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat di negeri ini.

 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Kick-Off Rancangan Tempatan MBJB, Johor 2035 (penggantian) dan Rancangan Tempatan MBIP, Johor 2035 (penggantian).

 

Kajian Rancangan Tempatan (RT) Johor 2035 (penggantian) itu dijangka siap untuk dibentangkan menjelang pada Mac 2025 adalah bagi menggantikan RT sedia ada sebelum ini yang akan tamat tempohnya pada tahun yang sama.

 

Terdahulu, Majlis tersebut dirasmikan oleh YBhg. Datuk TPr. Dr. Alias Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) di Hotel DoubleTree by Hilton Johor Bahru.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor