JCCD PANTAU PRESTASI KONTRAKTOR


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan JCCD komited dalam memantau prestasi kontraktor projek. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Negeri menerusi Pusat Pembangunan Kontraktor Johor (JCCD) komited memantau prestasi kerja semua kontraktor yang melaksanakan kerja penyelenggaraan dan baik pulih jalan di negeri ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan JCCD boleh mengambil tindakan jika terdapat aduan dan siasatan terhadap pihak kontraktor.

 

Antara aduan tersebut adalah tidak mematuhi syarat kerja seperti bekerja melebihi tempoh masa ditetapkan, tidak menyediakan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) yang sempurna, kerja tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kualiti kerja tidak memuaskan.

 

Tindakan yang boleh diambil JCCD sama ada menurunkan taraf atau menamatkan pendaftaran syarikat terbabit, supaya tidak lagi menerima sebarang kerja dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan N. Saraswati (Ahli Dewan Negeri Kemelah) dalam sesi soal jawab pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2024) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-15.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor