JOHOR ANTARA NEGERI BERISIKO ALAMI JEREBU HINGGA 31 OGOS

Kenyataan media Jabatan Meteorologi Malaysia.
#IskandarPuteri – Johor menjadi antara beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang berpotensi mengalami kepekatan jerebu tinggi dengan jarak penglihatan yang terhad sehingga 31 Ogos ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi satu kenyataan memaklumkan, situasi tersebut dipengaruhi keadaan angin barat daya serta jumlah titik panas yang masih tinggi di selatan Sumatera dan barat Kalimantan, Indonesia.
Berdasarkan ramalan model kepekatan jerebu MyCMAQ, keadaan jerebu berpotensi boleh berlaku terutama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang tempoh berkenaan.
MET Malaysia kini sedang memantau keadaan berkenaan secara berterusan dan akan mengemas kini ramalan berdasarkan perubahan cuaca serta keadaan atmosfera terkini.
Justeru, orang ramai khususnya di kawasan yang terjejas disarankan supaya mendapatkan maklumat cuaca dan jerebu terkini menerusi laman sesawang rasmi MET Malaysia, media sosial rasmi serta aplikasi myCuaca.
#JohorSafeZone
#Jerebu
#FenomenaElNino
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


