JOHOR BERSIH : KERAJAAN NEGERI SEDIA PERUNTUKAN KEPADA 667 KAMPUNG


Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Ketua Kampung Peringkat Negeri Johor dan RM10,000 kepada Persatuan Ketua Kampung di seluruh daerah sebagai penghargaan atas peranan yang dimainkan dalam mentadbir dan memajukan desa serta mengubah pemikiran masyarakat yang dipimpin. | Foto ihsan FB Dato’ Zahari Sarip

 

ILTIZAM menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 sama sekali tidak akan mengabaikan aspek kebersihan persekitaran dan program Johor Bersih diperkenalkan pada tahun lalu, diperluaskan ke kawasan luar bandar termasuk di 667 buah kampung seluruh negeri ini.

 

“Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1,000 kepada 667 buah kampung seluruh negeri bersamaan dengan RM667,000 bagi menjayakan agenda Johor Bersih” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip.

 

Tambah beliau, program tersebut bukan sahaja dapat meningkatkan kebersihan kampung malah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan perpaduan antara penduduk kampung di seluruh negeri ini.

 

“Ia menjadi hasrat Kerajaan Negeri agar program Johor Bersih dapat diperluaskan ke kawasan luar bandar agar ia bukan sahaja menjadi rutin Bangsa Johor tetapi juga mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan lestari ,” kata beliau lagi.

 

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Ketua Kampung Peringkat Negeri Johor dan RM10,000 kepada Persatuan Ketua Kampung di seluruh daerah sebagai penghargaan atas peranan yang dimainkan dalam mentadbir dan memajukan desa serta mengubah pemikiran masyarakat yang dipimpin.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor