JOHOR IKTIRAF CHINA SEBAGAI RAKAN DAGANG KEDUA TERBESAR


Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han menghadiri Seminar dan Meja Bulat Ulang Tahun ke-10 BRI China anjuran Pusat Penyelidikan Asia Tenggara untuk Kemanusiaan (SEARCH) dan Pusat Kajian Strategik Serantau (CROSS). | Foto ihsan FB Lee Ting Han

 

China terus berperanan sebagai penyumbang besar pelaburan negeri ini, dengan merekodkan RM51.43 bilion pada suku ketiga tahun 2023 sekali gus menjadikan negara tersebut rakan dagang kedua terbesar selepas Singapura.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han memaklumkan sejak pelancaran Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Johor menerima pelaburan secara berterusan dari China seperti Country Garden Danga Bay dan Forest City.

 

Selain itu, pelaburan bernilai RM300 juta menerusi pembukaan JStar Motion, Ferrotec Group (RM520 juta), Alton Group (RM2 bilion) serta pusat data berskala besar oleh Bytedance dan Bridge Data Centre.

 

Pelaburan Langsung Asing (FDI) diraih menandakan komitmen kewangan signifikan kepada rantau ini, memupuk pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan seterusnya mewujudkan ekosistem bandar yang mampan, penciptaan peluang pekerjaan dan taraf hidup lebih baik di Johor.

 

Penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura dan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City sewajarnya melengkapkan BRI dan potensi kedua-dua zon khas itu dimanfaatkan yang menyumbang kepada kejayaan dan kemampanan hubungan bilateral Johor-China.

 

Terdahulu, Ting Han hadir Seminar dan Meja Bulat Ulang Tahun ke-10 BRI China anjuran Pusat Penyelidikan Asia Tenggara untuk Kemanusiaan (SEARCH) dan Pusat Kajian Strategik Serantau (CROSS).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor