JOHOR PERHEBAT USAHA JADI DESTINASI PELABURAN PILIHAN DAN IDEAL


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor bagi membincangkan status pembangunan semasa dan perancangan masa depan menjadikan Johor sebagai negeri ideal untuk bekerja, tinggal dan beriadah. | Foto Lee Ting Han

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Johor komited memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelaburan pilihan dan ideal untuk bekerja, tinggal dan beriadah selaras aspirasi agenda Maju Johor.

 

Bagi tujuan tersebut, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menekankan kepentingan pembangunan mampan dan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, sosial serta alam sekitar.

 

Agenda yang menjadi fokus utama adalah memperkukuhkan sektor perindustrian, meningkatkan infrastruktur, mempromosikan pelancongan dan pembangunan rumah mampu milik yang mencukupi.

 

Selain itu, pewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang menjadi pemangkin menarik pelaburan seterusnya menyediakan persekitaran kondusif untuk bekerja, tinggal dan beriadah diharapkan akan meningkatkan kualiti hidup rakyat sekali gus meletakkan Johor destinasi pilihan pelabur.

 

Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan inisiatif berjalan lancar demi visi Johor sebagai negeri maju serta sejahtera.

 

Terdahulu, berlangsungnya mesyuarat membincangkan status pembangunan semasa dan perancangan masa depan menjadikan Johor sebagai negeri ideal untuk bekerja, tinggal dan beriadah bersama Menteri Besar Johor.

 

Mesyuarat turut disertai oleh YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor selain Datuk-Datuk Bandar serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi.

 

#WTN
#JS-SEZ
#WorkLivePlay
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor