JOHOR SASAR PENINGKATAN PENGELUARAN NANAS


Selaku pengeluar utama, Johor mensasarkan peningkatan pengeluaran nanas peratus dalam tempoh lima tahun | Sumber Facebook Dato’ Zahari Sarip.

 

ISKANDAR PUTERI — Johor mensasarkan peningkatan pengeluaran nanas sebanyak 76 peratus dalam tempoh lima tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, sejumlah 451,819 metrik tan disasarkan pengeluaran nanas pada tahun 2027.

“Untuk rekod, Johor merupakan pengeluar utama nanas dengan keluasan 63 peratus daripada keseluruhan negara.

“Johor mensasarkan peningkatan pengeluaran nanas sebanyak 76 peratus dalam tempoh lima tahun iaitu 451,819 metrik tan pada tahun 2027 berbanding 217,015 metrik tan pada tahun 2022,” katanya seperti dipetik dari siaran dimuatnaik di Facebook rasminya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan ‘flag-off’ pengeksportan kontena pertama nanas MD2 oleh Kulim Pineapple Farm berjumlah 18 tan bersamaan kira-kira 12,000 biji ke Jerman.

Zahari yang juga ADUN Buloh Kasap memberitahu penghantaran nanas itu merupakan usaha menembusi pasaran di luar negara.

“Pasaran sedia ada adalah seperti Japan, China, Qatar, Turki dan Korea, serta Jerman adalah negara terbaru untuk destinasi pasaran eksport nanas MD2 ini.

“Kami berharap usaha ini akan membuahkan hasil dan seterusnya menjadikan nanas antara tanaman yang bernilai tinggi di masa akan datang,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor