JPC 2024 HALA TUJU PEMANGKIN UTAMA PEMBANGUNAN EKONOMI


Johor Planning Conference 2024 yang berfokus ke arah kemajuan Johor membuka tirai, hari ini. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Johor Planning Conference 2024 bakal menjadi pusat data ekonomi Johor dan pada masa sama dapat menghimpunkan 250 agensi termasuk perancang bandar, jurutera, arkitek, jabatan kerajaan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 

Selain itu, persidangan ini akan menjadi wadah dalam menerapkan fokus ke arah kemajuan Negeri Johor menjelang tahun 2030 yang secara tidak langsung turut merangsang pertumbuhan ekonomi dan sosial dengan positif.

 

Terdahulu YB Dato’ Ashari Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) hadir menyempurnakan perasmian Johor Planning Conference 2024 yang dilihat mampu melonjakan lagi kemajuan dan pembangunan iktisad di Johor, kelak.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor