KAKITANGAN KIMIA JOHOR BENTANG KAJIAN DI AFSN KE-14


Kakitangan KIMIA Johor membuat pembentangan di Persidangan Tahunan dan Simposium Jaringan Sains Forensik Asia (AFSN) ke-14 di Jakarta, Indonesia. / Foto Ihsan KIMIA Johor.


 

ISKANDAR PUTERI — Dua kakitangan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor (KIMIA Johor) dipilih untuk membentangkan kajian mereka pada Persidangan Tahunan dan Simposium Jaringan Sains Forensik Asia (AFSN) ke-14.

Pada persidangan yang berlangsung pada 2 hingga 5 November lalu di Perguruan Tinggi Ilmu Kepolisan (PTIK) Jakarta, Indonesia itu, kakitangan KIMIA Johor iaitu Nur Hafiza Md Yusop dan Wan Nur Zawani Wan Mohd Samsudin membuat pembentangan berkaitan ‘asid deoksiribonukleik (DNA)’.

Dalam kenyataan di media sosialnya, kedua-dua kakitangan KIMIA Johor membentangkan kajian bertajuk ‘Comparison of DNA Recovery from Differential Extraction of Semen Stain on Cloth Substrate Using Prepfiler Express on Automate Express Forensic DNA Extraction System and Chelex Technique’.

Selain Nur Hafiza dan Wan Nur Zawani, pihak KIMIA Malaysia turut diwakili 21 kakitangan jabatan berkenaan di persidangan tahunan berkenaan yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)nya, Halimah Abdul Rahim.

Pasa persidangan dan simposium itu, kira-kira 400 ahli forensik dari seluruh dunia hadir bagi menyertai program berkenaan yang membawa tema “Enhancing Forensic Science Cooperation in Law Enforcement in Asia-Pacific Towards Post-Pandemic Recovery.

Sesi AFSN 2022 kali ini juga turut memperlihatkan kejayaan kesemua bahagian di Pusat Analisis Sains Forensik yang merangkumi bidang DNA forensik, narkotikx, toksikologi, kriminalistik dan pemeriksaan dokumen dalam merangkul penjawatan penting dalam setiap kumpulan saintifik yang disertai.

Persidangan itu juga turut melantik Halimah selaku Naib Presiden AFSN selama dua penggal bermula tahun ini hingga 2024.
Malaysia juga turut dinobatkan sebagai tuan rumah Persidangan Tahunan dan Simposium AFSN 2023 yang dijangka diadakan di Kuala Lumpur pada tahun hadapan kelak.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor