KUMPULAN FASTRACK LPJ MUNCUL NAIB JOHAN KONVENSYEN KIK


Kumpulan Fastrack Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) muncul naib johan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu di Dewan Serbaguna Kementerian Pengangkutan Malaysia / Foto Ihsan Lembaga Pelabuhan Johor.

 

ISKANDAR PUTERI — Kumpulan Fastrack Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) muncUl naib johan bagi pameran terbaik dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia, baru-baru ini.

Selain itu, kumpulan Fastrack LPJ juga berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan KIK yang berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November lalu.

Dalam kenyataan media di laman sosial LPJ berkata, konvensyen KIK selama dua hari itu merangkumi pelbagai aktiviti membabitkan pembentangan hasil inovasi setiap kumpulan dan pameran projek inovasi.

Konvensyen KIK kali ini turut disertai 12 kumpulan daripada pelbagai agensi bagi merebut empat kategori anugerah iaitu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Berkumpulan, Kategori Khas Inovasi, Kategori Persembahan Terbaik dan Kategori Pameran Terbaik.

Anugerah berkenaan adalah satu pengiktirafan kepada kumpulan yang berjaya menghasilkan inovasi yang signifikan serta memberi impak besar kepada perkembangan dan kemajuan organisasi yang merangkumi aspek teknikal dan penyampaian perkhidmatan.

Pasukan LPJ Fastrack yang diketuai Mohd Zahari Mohd Rusjuna bersama tujuah ahli kumpulannya membawa produk inovatif berkaitan ‘port traffic management system (PTMS)’.

Menerusi PTMS, mereka membawa idea inovasi dalam penambah baikan ‘turnaround time haulage’ di Container Yard Pelabuhan di bawah kendalian LPJ.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor