KEDIAMAN KONDUSIF DAN SELESA BUAT ANGGOTA IMIGRESEN


Perjanjian yang telah ditandatangani antara Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Malaysia dan PIJ Property Development Sdn. Bhd. | Foto MDJ Wira Anggara.

 

Pangsapuri Aliff Sejahtera dekat Tampoi kini dijadikan sebagai Kompleks Perumahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor yang akan menempatkan kira-kira 30 keluarga anggota Jabatan Imigresen Malaysia.

 

Penyediaan kediaman yang kondusif dan selesa itu susulan pembelian pangsapuri tersebut secara ‘en bloc’ yang dimeterai dan dimuktamadkan menerusi perjanjian ditandatangani antara Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Malaysia dan PIJ Property Development Sdn. Bhd.

 

Perjanjian signifikan itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain bersama Pengarah Urusan PIJ Holdings Sdn. Bhd, Abdul ‘Alim Abd. Shukor.

 

Pangsapuri berkenaan memiliki 72 unit rumah dan dilengkapi lapan unit ruang kedai, 11 unit pejabat, tiga tingkat parkir kereta, seunit rumah sampah, pondok pengawal serta kolam kumbahan.

 

Hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut adalah Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor