STADIUM SULTAN IBRAHIM DESTINASI ISTIMEWA JURGEN KLINSMANN


Jurgen Klinsmann dan Cha Du Ri menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara AFC di Stadium Sultan Ibrahim.

Jurgen Klinsmann menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai stadium bola sepak pertama luar negara untuk dilawati sejak beliau menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Korea Selatan awal tahun ini.

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalu-alukan kehadiran pemain bola sepak lagenda Jerman ini ke Stadium Sultan Ibrahim. Turut menemani Klinsmann adalah bekas pemain bola sepak Korea Selatan dan Kelab Celtic, Cha Du Ri yang merupakan penolong jurulatih Korea Selatan. Mereka telah menyaksikan skuad Harimau Selatan menewaskan Ulsan Hyundai dalam aksi Liga Juara-Juara AFC malam tadi.

Kehadiran pasukan kejurulatihan Korea Selatan sememangnya bertujuan untuk memantau aksi anak buah yang beraksi bersama Ulsan Hyundai, sekali gus turut menyaksikan pemain JDT yang akan beraksi untuk Harimau Malaya. Pasukan Harimau Malaya bakal menjadi lawan Korea Selatan selepas diundi dalam kumpulan yang sama untuk Piala Asia Qatar nanti.

Lawatan Jurgen Klinsmann bukanlah merupakan kali pertama pemain ternama hadir ke Johor. Ianya telah menjadi kebiasaan untuk pemain-pemain bola sepak lagenda dunia datang ke Johor dan hadir menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Ibrahim.

Luaskan kuasamu Johor!

#theTMJeffect #SukanMDJ #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor