KEMPEN ACL 2023 JDT TETAP MEMBANGGAKAN
Meskipun terlepas peluang melayakkan diri ke pusingan ke 16 terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 namun pencapaian Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas tertinggi Asia itu tetap membanggakan.
Selain berjaya menoktahkan aksi terakhir Kumpulan I dengan kemenangan 4-1 terhadap wakil Thailand, BG Pathum United, JDT turut mencapai prestasi memberangsangkan pada kempen ACL kali ini dengan rekod tiga kemenangan dan mengutip sembilan mata secara keseluruhan.
Meskipun terlepas peluang melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap menamatkan kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 dengan rekod cemerlang memperolehi tiga kemenangan dan tiga kekalahan.
Pengendali JDT, Estaban Solari tetap memberikan penghargaan kepada anak buahnya yang sentiasa menampilkan komitmen aksi 100 peratus dalam setiap perlawanan namun tuah masih mencemburui skuad Harimau Selatan apabila terkandas di peringkat kumpulan.
Bagaimanapun, jurulatih berasal dari Argentina itu yakin JDT mampu tampil lebih garang seiring dengan peningkatan corak permainan semasa dan memberi jaminan JDT akan kembali dengan lebih hebat pada musim 2024 akan datang.
Tahun depan, kancah bola sepak Malaysia bakal menyaksikan JDT menjadi satu-satunya kelab dari Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke saingan Liga Elit Juara-Juara Asia (ACLE) 2024 yang baharu diperkenalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Ogos lalu, setelah Harimau Selatan muncul juara Liga Super Malaysia 2023.
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor