IBU BAPA INSPIRASI GRADUAN TERBAIK KUIJSI


Pelajar Diploma Syariah Islamiah, Nurul Shafiqah Mohd Azman sebagai penerima Anugerah Graduan Terbaik (Anugerah Canselor). | Foto Royal Press Office

 

Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI), hari ini, mengangkat pelajar Diploma Syariah Islamiah, Nurul Shafiqah Mohd Azman, 22, sebagai penerima Anugerah Graduan Terbaik (Anugerah Canselor).

 

Beliau yang mendapat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 itu memberitahu ibu bapanya merupakan inspirasi utama bagi menyambung pelajaran dalam bidang pengajian islam.

 

Selain itu, Nurul Shafiqah memilih untuk menukar bidang pembelajaran daripada sains tulen kepada syariah islamiah bagi memartabatkan disiplin ilmu tersebut supaya dipandang tinggi sebaris dengan bidang pengajian hebat yang lain.

 

Berkongsi cabarannya sepanjang bergelar pelajar pula, beliau memberitahu cabaran terbesar adalah untuk menguasai ilmu Bahasa Arab, namun dengan bantuan pensyarah serta rakan perkara itu berjaya diatasi.

 

Terdahulu, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dimasyhurkan sebagai Canselor KUIJSI pada Majlis Konvokesyen KUIJSI Ke-21, berkenan untuk menyampaikan Anugerah Graduan Terbaik kepada Nurul Shafiqah.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor