KERAJAAN JOHOR, AIRASIA RANGKA PERANCANGAN USAHASAMA


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat. | Foto ihsan Facebook Onn Hafiz Ghazi

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor mengadakan perbincangan bersama Kumpulan AirAsia Berhad yang kini dikenali sebagai Capital A Berhad bagi memacu pelbagai sektor berkaitan di negeri ini.

 

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelbagai perancangan promosi, pembangunan serta naik taraf infrastruktur di Johor telah dibincangkan secara mendalam bersama Capital A.

 

“Semoga perancangan yang dirangka bersama ini, dapat diterjemahkan agar mampu meningkatkan peluang pekerjaan, serta meningkatkan jaringan ekonomi dan pelancongan Johor ke tahap yang lebih mampan. Insya-Allah,” kata beliau dalam Facebook rasminya, pada Selasa.

 

Onn Hafiz turut berkongsikan laporan Capital A bahawa angka pelancong dijangka kembali ke keadaan pra-pandemik akhir tahun ini.

 

“Ini bermakna jumlah pelancong ke Johor akan mencecah 3.3 juta orang dan melibatkan secara purata 40 perjalanan setiap hari,” katanya.

 

Turut hadir, Pengurus Invest Johor, Sarkawi Zainal Abidin serta Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor