KERAJAAN JOHOR PASTIKAN MASYARAKAT ORANG ASLI TIDAK TERPINGGIR


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Zahari Sarip memberi komitmen untuk terus membela kumpulan masyarakat itu agar tidak tercicir terutama dalam merealisasikan impian Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030. | Foto MDJ, Wira Anggara

 

Hubungan erat bersama masyarakat Orang Asli sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri yang mengambil berat pembangunan sosio-ekonomi dan kebajikan komuniti tersebut.

 

Dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Johor, masyarakat Orang Asli tidak pernah sesekali terpinggir malah menerima manfaat daripada pembangunan diusahakan Kerajaan Negeri.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Zahari Sarip memberi komitmen untuk terus membela kumpulan masyarakat itu agar tidak tercicir terutama dalam merealisasikan impian Johor sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.

 

Terdahulu, seramai 40 Batin Orang Asli seluruh Johor diraikan dalam Majlis Perjumpaan Batin Orang Asli bersama kepimpinan Negeri sebagai tanda penghargaan atas peranan memimpin dan menyampaikan maklumat inisiatif kerajaan di kawasan masing-masing, pada Rabu.

 

Kesemua mereka juga akan dibawa ke Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, esok, bagi mendengar pembentangan Belanjawan Johor 2024 oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor